Wednesday, 20 January 2016

Nasrudin Tantawi Hina Mahkamah Pula?

Nasrudin Tantawi Hina Mahkamah Pula? Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan hampir melanggar syarat-syarat penyelesaian luar mahkamah dalam saman fitnah yang difailkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang,, Lim Guan Eng ke atasnya, kata peguam Syahredzan Johan.

Berikutan penyelesaian di luar mahkamah mereka, Syahredzan (gambar) berkata, satu-satunya maklumat yang boleh didedahkan adalah hanya syarat-syarat penyelesaian dan tidak apa-apa lagi, melainkan jika pihak-pihak berkenaan juga bersetuju supaya syarat-syarat penyelesaian juga tidak didedahkan.

Perbincangan berhubung syarat penyelesaian itu hanya khusus kepada pihak-pihak yang terbabit dalam pertikaian itu, iaitu peguam mereka dan hakim perbicaraan tersebut.

"Tiada apa yang lain patut diperkatakan; tidak perlu ada penjelasan lain, kenyataan media dan sebagainya dan sebagainya berkaitan kes itu.

"(Ini) kerana pihak-pihak bertelagah telah membuat keputusan bahawa tidak ada lagi pertikaian antara mereka mengenai isu berkenaan. Oleh itu, mereka akan menamatkan perbalahan,” kata Syahredzan kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Nasrudin Isnin lalu, menarik balik sebahagian daripada kenyataannya pada 6 Ogos 2014 yang menyebabkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tersinggung.

Nasrudin Tantawi Hina Mahkamah Pula?

Beliau dilaporkan berkata dirinya kesal kerana artikel berhubung pembinaan terowong dasar laut itu telah menyebabkan salah faham dengan Lim.

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang juga memerintahkan Nasrudin membayar RM10,000 sebagai pampasan kepada Lim.

Lim menyaman Nasrudin kerana mendakwanya menggunakan rundingan terus untuk penganugerahan projek RM4.63 bilion kepada Konsortium Zenith BUCG Bhd.


Nasrudin mendakwa Lim memberikan projek secara rundingan terus walaupun Pakatan Rakyat menentang cara berkenaan.

Selepas penarikan balik itu, Nasrudin membuat dua posting di laman web PAS mengenai penyelesaian itu, atas sifatnya sebagai Ketua Penerangan PAS.

Beliau mendakwa, antara lain, beliau bersedia untuk membela diri terhadap saman fitnah di mahkamah tetapi peguam Lim mencadangkan penyelesaian.

Nasrudin Tantawi Hina Mahkamah Pula?

Kenyataan itu bagaimanapun mengundang rasa tidak puas hati pegawai khas undang-undang ketua menteri Raja Syarafina Raja Shuib.

Dalam kenyataannya, Raja Syarafina berkata sama ada rencana itu ditulis dalam kealpaan atau kecuaian disengajakan, Nasrudin tidak harus memutar-belit fakta atau “memperlekehkan kebenaran dalam usaha beliau untuk menegakkan benang yang basah”.

“Sekiranya YB Ustaz Nasrudin yakin bahawa artikel tersebut bukan merupakan fitnah terhadap YAB KM, mengapa pula terdapatnya persetujuan beliau untuk menyuarakan kekesalan dan membayar kos kepada YAB KM?

“Fikirkanlah siapa sebenarnya yang berdusta,” tulisnya.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...