Sunday, 24 January 2016

Najib Terkedu Dengar Berita Dari Akar Umbi Umno

Najib Terkedu Dengar Berita Dari Akar Umbi Umno. Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) membentuk struktur jawatankuasa dan melantik beberapa wakil negeri bagi meneruskan perjuangan mendesak Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno.

Struktur yang lebih tersusun itu bertujuan mengelak pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dan mensabotaj pergerakan mereka, kata pengerusinya Kamarul Azman Habibur Rahman.

"GKCM mengambil keputusan mewujudkan jawatankuasa pusat untuk mengurus tadbir perjalanan GKCM supaya ia menjadi lebih mantap dan tersusun.

"Kita tidak mahu ada cubaan daripada pihak luar yang cuba mengambil kesempatan atas kemajuan pergerakan GKCM ini," katanya kepada The Malaysian Insider.

Menurut Kamarul Azman, kumpulan itu mahu meneruskan perjuangan mereka sehingga Najib berundur dan mendidik ahli Umno serta rakyat supaya berani meneruskan perjuangan secara ikhlas dan bukan kerana wang ringgit.

"Saya amat bangga jawatankuasa GKCM yang dilantik dan semua ahli berjuang atas nama kebenaran tanpa rasa gentar untuk bersuara.

"Perjuangan kami bukan kerana wang ringgit, kontrak atau jawatan. Kami ingin mendidik bangsa Malaysia menolak amalan pincang yang sudah bermaharajalela di dalam Umno sejak kebelakangan ini," katanya.

Najib Terkedu Dengar Berita Dari Akar Umbi Umno

Kamarul Azman dari Telok Kemang yang dikenakan tindakan disiplin bersama 8 yang lain tahun lalu dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Pusat, sementara Datuk Mohd Zin Mustafa, juga dari Telok Kemang dilantik sebagai timbalan pengerusi.

Tiga naib pengerusi, 2 setiausaha, bendahari, ketua penerangan dan beberapa wakil ahli jawatankuasa (AJK) negeri juga dilantik dalam jawatankuasa GKCM itu.

Salah seorang naib pengerusi GKCM, Rushdan Mohamed berkata, sebarang program dan aktiviti kumpulan itu akan diputuskan dalam jawatankuasa bagi mengelakkan insiden sabotaj berulang.

Sambutan baik akar umbi

Katanya, GKCM sudah mengadakan jelajah di 2 negeri, Johor dan Pulau Pinang dan sambutan yang diterima mereka amat baik.

"Sambutan setakat ini baik, ramai ahli Umno akar umbi bersama kami dalam GKCM.

"Malah, inisiatif untuk membentuk jawatankuasa ini juga datang daripada pertemuan dan perbincangan dengan ahli-ahli Umno setiap kali kami turun bertemu dengan ketua cawangan," katanya.

Mengenai sumber dana, Rushdan berkata kumpulan itu menerima derma daripada ahli akar umbi Umno yang menyokong dan menafikan mendapat tajaan daripada mana-mana individu dalam parti untuk menjatuhkan presiden.

Najib Terkedu Dengar Berita Dari Akar Umbi Umno

"Tidak ada tajaan daripada mana-mana individu, dana kami datang daripada derma dan sumbangan oleh ahli akar umbi yang bersama dalam perjuangan kami," katanya.

GKCM sedang menimbang untuk mendaftarkan dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan akan mengumumkannya dalam masa terdekat.

Pergerakan GKCM bermula November tahun lepas dalam usaha memaksa Najib melepaskan jawatan susulan skandal kewangan dan beberapa keputusan kontroversi menyaksikan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal tersingkir daripada Kabinet kerana lantang mengkritik pentadbirannya.




1 comment:

  1. Nak turunkan najib, kena tindakan disiplin parti. Nak turunkan Mukhriz tak kena apa2 tindakan.

    Taik punya perlembagaan parti.....

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...