Thursday, 28 January 2016

Najib Terkedu Dengan Kenyataan Arab Saudi Ini?

Najib Terkedu Dengan Kenyataan Arab Saudi Ini?Arab Saudi berkata akan menyiasat dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memulangkan kepada keluarga Diraja Saudi sebanyak AS$620 juta daripada AS$681 juta (RM2.6 bilion) yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya pada 2013, lapor The Sydney Morning Herald.

Akhbar harian itu bagaimanapun melaporkan, jurucakap Kementerian Luar Saudi enggan memberi komen lanjut berhubung perkara itu.

Semalam, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata tiada bukti mencukupi untuk mengaitkan Najib atas sebarang salah laku dalam menerima wang berkenaan, di mana perdana menteri berkata ia daripada Arab Saudi untuk membantu kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) pada 2013.

Riyadh berdiam diri dalam isu itu, yang kali pertama didedahkan The Wall Street Journal (WSJ) pada Julai tahun lalu.

“Bukti diperoleh daripada siasatan itu tidak menunjukkan derma diberi sebagai dorongan atau habuan kerana melakukan sesuatu berkait kapasitinya sebagai perdana menteri,” kata Apandi pada sidang media, semalam.

Najib Terkedu Dengan Kenyataan Arab Saudi Ini?

“Lebih pun, perdana menteri memulangkan AS$620 juta (RM2.03 bilion) kepada keluarga diraja Arab Saudi pada Ogos 2013 kerana wang itu tidak digunakan.”

BBC hari ini memetik sumber Arab Saudi yang enggan dinamakan mengesahkan kerajaan itu mendermakan RM2.6 bilion kepada Najib, mengatakan ia disebabkan kebimbangan Riyadh berhubung pengaruh Ikhwan Muslimin di Malaysia, dalam usaha memastikan parti Islam PAS tidak memenangi pilihan raya umum pada 2013.

Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkata ia akan memohon semakan terhadap keputusan Apandi, dan akan membentangkan kertas siasatan kes Najib kepada panel penilai yang memantau agensi anti rasuah itu.




1 comment:

  1. tak pe ... jangan risau sebab lepas ni peguam negara kita akan mendakwa orang arab yang tak mengaku menerima wang yang dipulangkan tu... kita tunggu je lah

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...