Sunday, 24 January 2016

Majlis Angkat Sumpah MB Baru Kedah Pada..

Majlis Angkat Sumpah MB Baru Kedah Pada. Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar baharu Kedah dikatakan akan diadakan hujung bulan ini di Istana Anak Bukit, Alor Star.

Satu-satunya calon yang akan menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir adalah Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

“Pengumuman pelantikan Ahmad Bashah bagi menggantikan Mukhriz akan dibuat dalam sehari dua kagi,” lapor Utusan Malaysia yang memetik sumber dalaman UMNO.

Ahmad Bashah merupakan calon Menteri Besar pada PRU13 sebelum diganti saat-saat akhir dengan Muhkriz.

Akhbar UMNO itu melaporkan, dalam pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kepimpinan UMNO Kedah di PWTC semalam, kesemua pemimpin parti yang hadir sepakat meminta Najib menyelesaikan isu tersebut dengan segera termasuk menghadap Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah secepat mungkin.

Majlis Angkat Sumpah MB Baru Kedah Pada..

“Dalam mesyuarat itu, Ahmad Bashah yang mewakili kepemimpinan UMNO Kedah menjelaskan apa yang berlaku dan mahu Perdana Menteri membuat perubahan terhadap kepemimpinan UMNO Kedah demi memastikan parti itu terus berkuasa,’’ lapor akhbar itu.

Beberapa EXCO Kerajaan Negeri dan ADUN yang dikatakan menyokong Mukhriz tidak hadir.

Mereka ialah Datuk Aminuddin Omar, Datuk Suraya Yaakob, Datuk Dr. Ku Rahman Ku Ismail dan Datuk Noor Sabrina Mohd.Noor.




2 comments:

  1. Org Kedah..jgn bg pada penyangak

    ReplyDelete
  2. Bakal MB kedah akan mengulangi kekalahan UMNO pada PRU14 memperingati kembali era Mahadir Khalid yang seronok dengan kejayaan UMNO memenangi semua kerusi mereka lupa hari ini UMNO sedang dalam nyawa ikan.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...