Friday, 22 January 2016

Lain Yang Di Rancang Lain Yang Jadi.. Terkedu Umno Kedah

Lain Yang Di Rancang Lain Yang Jadi.. Terkedu Umno Kedah. Pakatan pembangkang di Kedah berpontensi untuk membentuk kerajaan baru selepas wujud desakan untuk menyingkirkan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, kata seorang penganalisis politik.

Bagaimanapun, Dr Azizuddin Mohd Sani berkata pembangkang perlu mendapatkan sekurang-kurangnya sokongan empat atau lima anggota dewan undangan negeri (ADUN) daripada Umno-BN bagi membentuk kerajaan baru dengan majoriti mudah.

“BN setakat ini ada 21 kerusi manakala pembangkang 15 kerusi, beza enam kerusi. Jadi, pembangkang pun boleh memainkan peranan jika mereka mahu.

“Dan kalau mereka dapat tarik empat sokongan ADUN daripada BN, sudah cukup untuk bentuk kerajaan baru,” kata Azizudin kepada Malaysiakini.

Sebaliknya, pensyarah di Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata Mukhriz juga boleh mengekalkan kedudukannya sebagai menteri besar jika mampu memperolehi jumlah sokongan yang sama daripada ADUN pembangkang.

Namun, ujar Azizuddin, adalah mustahil untuk ia berlaku kerana sokongan ADUN Umno terhadap Mukhriz sendiri kini berbelah bagi.

Lain Yang Di Rancang Lain Yang Jadi.. Terkedu Umno Kedah

“Nak sisihkan beliau (Mukhriz) sebagai MB perlukan majoriti mudah iaitu 19 ADUN perlu menyatakan mereka menolak Mukhriz. Tetapi, itu tidak nampak di kalangan ADUN sekarang kerana mereka masih berbelah bagi sama ada mahu menyokong Mukhriz atau pun tidak.

“Tetapi sekiranya Mukhriz dapat menarik empat atau lima orang ADUN Umno dan bergabung dengan pembangkang, tak mustahil beliau akan kekal sebagai MB,” kata Azizuddin.

Semalam, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah memulakan perang terbuka terhadap Mukhriz dengan mengisytiharkan bahawa pemimpin Umno di negeri itu telah 'hilang keyakinan' dengan kepimpinan menteri besar Kedah itu.

Beliau juga menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk campur tangan dan menggantikan Mukhriz sebagai menteri besar.

Namun, mengulas lanjut mengenai potensi penubuhan kerajaan baru di Kedah, Azizuddin berkata beliau tidak nampak perkara tersebut akan berlaku buat masa ini, apatah lagi pembangkang sendiri bermasalah.

“Saya tak nampak ini akan berlaku sebab PAS sendiri sedang berbalah yang mana ada daripada mereka dah pergi ke AMANAH seperti Phahrolrazi, ada (pemimpin PAS) juga yang dekat dengan Umno tapi bukan di pihak Mukhriz atau pun Mahathir sebaliknya di pihak Najib,” ujar Azizuddin.

Malah, Azizuddin tetap optimis bahawa Mukhriz akan terus kekal sebagai menteri besar berdasarkan kenyataan yang dibuatnya semalam.

“Keadaan yang berlaku sekarang ini masih tak jelas sama ada MB perlu ditukar atau tidak, tapi apa yang pasti, buat masa ini Mukhriz masih boleh bertahan sebagai MB kecuali beliau secara sukarela mahu letak jawatan.

“Namun, saya tak nampak itu akan berlaku berdasarkan reaksi dia semalam yang mahu mengekalkan kedudukannya sebagai MB,” kata Azizuddin.

Bagaimanapun, kata Azizuddin, cubaan untuk menyingkirkan anak bekas perdana menteri itu, bukanlah isu baru.

“Cubaan (singkirkan Mukhriz) ini bukan isu baru. Ia lebih kepada melibatkan isu nasional dan bukan isu tempatan yang menyebabkan masalah dalam hubungan Mukhriz dengan PM.

“Tetapi dalam masa yang sama kita juga tahu Mukhriz memang ada masalah hubungan dia dengan ketua-ketua bahagian di peringkat negeri,” kata Azizuddin.

Namun, apa yang berlaku semalam sudah cukup menjejaskan pentadbiran Umno-BN di Kedah, katanya.

“Bagaimanapun apa yang berlaku ini telah menjejaskan pentadbiran negeri Kedah dan Umno-BN, sekaligus menyebabkan perpecahan dalam hiraki kepimpinan negeri Kedah serta menjadikan rakyat sebagai mangsa dengan apa yang berlaku kini,” kata Azizuddin lagi.

Lain Yang Di Rancang Lain Yang Jadi.. Terkedu Umno Kedah

Malah, beliau menjangkakan isu tersebut akan berpanjangan dan melarat hingga ke pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Masalah utama dia adalah hubungan dia dengan kepimpinan Umno pusat, itu yang menyebabkan apa yang berlaku sekarang.

“Saya juga rasa akan ada beberapa perkara berbangkit. Mungkin juga keadaan ini akan berpanjangan. Dia boleh jadi pendek jika Mukhriz letak jawatan seperti kes Ahmad Said di Terengganu atau akan berlanjutan ke mahkamah seperti kes Perak dan kalau itu berlaku maka ia akan jadi panjang. Silap-silap sampai pilihan raya akan datang pun tidak akan selesai,” tambah Azizuddin.

Mukhriz dilantik sebagai menteri besar Kedah selepas Umno-BN menang di negeri jelapang padi itu dalam pilihan raya umum (PRU) lalu. Barisan Nasional memenangi 21 daripada 36 kerusi DUN di Kedah. Pakatan Rakyat ketika itu pula memenangi 15 kerusi.

Mukhriz yang sebelum ini anggota Parlimen Jerlun berjaya menewaskan penyandang kerusi DUN Ayer Hitam dari PAS, Abdul Ghani Ahmad.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...