Saturday, 30 January 2016

Lagi Tembelang Terbaru 1MDB Terbongkar..

Lagi Tembelang Terbaru 1MDB Terbongkar. Pihak berkuasa di Switzerland yang menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendapati kira-kira AS$4 bilion (RM16.8 bilion) daripada syarikat Malaysia disalahgunakan, dengan sebahagiannya dipindahkan ke beberapa bank Swiss oleh pegawai dari Malaysia dan Emiriyah Arab Bersatu, lapor The Wall Street Journal (WSJ), hari ini.

Pejabat Peguam Negara Switzerland berkata ia menemui 4 kes salah laku jenayah antara 2009 dan 2013 “menggunakan struktur kewangan yang kompleks”.

“Jumlah yang disyaki disalahgunakan ialah kira-kira AS$4 bilion,” kata akhbar itu memetik Pejabat Peguam Negara Switzerland sebagai berkata.

“Tujuan sebenarnya kini menjadi subjek untuk siasatan lanjut.”

Peguam Negara Switzerland Michael Lauber berkata beliau bimbang dengan keputusan Malaysia untuk menghentikan siasatan terhadap pindahan wang AS$681 juta ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kerana langkah itu akan menjejaskan siasatan Switzerland terhadap syarikat milik Kementerian Kewangan yang bermasalah itu.

“Kami sangat bimbang,” kata Lauber dipetik WSJ.

“Kami sudah menemui bukti menunjukkan pindahan wang yang mencurigakan, berkait dengan 1MDB menerusi institusi kewangan Switzerland, dan kami percaya amat penting ia dikongsi dengan pihak berkuasa Malaysia.”

Lagi Tembelang Terbaru 1MDB Terbongkar

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada Selasa berkata “bukti tidak mencukupi” untuk mendakwa Najib kerana menerima AS$681 juta daripada keluarga diraja Saudi.

“Berdasarkan kepada fakta dan bukti, tiada kesalahan jenayah dilakukan perdana menteri berhubung 3 kertas siasatan,” kata Apandi, selepas berbulan-bulan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan.

“Maka dengan ini saya arah SPRM menutup kertas siasatan,” katanya.

WSJ juga memetik jurucakap kepada peguam negara Switzerland sebagai berkata siasatan tidak sepatutnya ditutup kerana wujud “penipuan yang besar sedang berlaku”.

“Tanpa bantuan dari Malaysia, siasatan kami di Switzerland berdepan risiko menemui jalan mati,” katanya kepada akhbar itu.




4 comments:

  1. Assalamualaikum, saya nak minta kerjasama tuan agar dapat meletakkan link blog saya ini: http://caraislamik.blogspot.com ke dalam senarai blog list tuan. Saya sudah meletakkan link blog tuan ke dalam senarai blog list saya. Saya harap kali ini saya akan sentiasa aktif meng-update entri hari2. Blog saya menceritakan tentang perihal agama melalui 90% idea huraian saya dan 10% copy paste dari sumber rujukan seperti tajuk dan pendahuluan. Sebelum ini saya pernah memohon utk diletakkan link pd blog tuan, dan diluluskan. Diharap tuan kali ini sudi menerima persahabatan saya melalui exchange link blog sebagai sebaran kefahaman untuk memberi kesedaran khasnya terhadap pengunjung2 blog nanti. Insya-Allah ganjaran pahala yg akan tuan dapat nanti hasil sebaran viral ini hanya Allah sahaja yang tahu berapa banyak yg akan tuan dapat nanti demi kesedaran masyarakat umum. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. PENGKHIANAT ANAK BANGSA YANG BERNAMA NAJIB INI DAN MENTERI MENTERI NYE BERSAMA DGN KAKITANGAN AWAM YANG TELAH MELINDUNGI PENGKHIANAT ADALAH TIDAK BOLEH DIMAAFKAN OLEH SELURUH RAKYAT MALAYSIA.RAKYAT HARUS MENANGKAP SEMUA MEREKA INI DAN SETERUS NYE DIHUKUM DIKHALAYAK RAMAI.

    ReplyDelete
  3. Actually ada sbb dia nk tutup kes cepat2......sbb dh hidu siasatan yg sdg dijalankan oleh Swiss authorities....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah yang dikatakan 'Endless Possibilities'. Cubaan menutup bangkai gajah tidak pernah berjaya.

      Delete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...