Monday, 4 January 2016

Lagi Cerita Terbaru Sirul Azhar

Akhbar edisi mingguan Utusan Malaysia hari ini mempersoalkan individu yang memujuk Sirul Azhar Umar membuat pengakuan palsu ada pemimpin negara terbabit dalam pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu pada 2006.

Menerusi ruangan pojok Awang Selamat, akhbar milik Umno itu mendakwa perkara ini pernah ditulis di ruangan mingguan tersebut dua bulan lalu berdasarkan maklumat sumber yang tidak dinamakan.

“Pengakuan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu terdapat pihak tertentu cuba memperalatkan beliau untuk tujuan politik Khamis lalu menarik perhatian kerana ia sesuatu yang amat serius.

"Hal itu didedahkan peguam Sirul Azhar , Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican selepas dimaklumkan sendiri anak guam mereka.

“Awang tidak terkejut dengan pendedahan tersebut. Dua bulan lalu, berdasarkan maklumat sumber, Awang menulis dalam ruangan ini Sirul dipujuk membuat pengakuan palsu kononnya pemimpin negara terbabit dalam pembunuhan tersebut.

“Motifnya hanya untuk menjatuhkan pemimpin berkenaan dengan cara kotor,” katanya.

Awang berkata, individu berkenaan merupakan dalam kalangan tokoh besar yang terdesak walaupun kedua-dua peguam Sirul tidak menamakan individu terbabit pada sidang akhbar itu.

“Namun Awang dapat tahu, usaha tersebut membabitkan bukan calang-calang orang, sebaliknya orang tokoh besar, yang bagaikan terdesak.

“Sedih kerana sampai begitu sekali percaturan politik yang tidak lagi bersandar kepada kebenaran.

“Tidak perlu Awang sebut siapa tokoh berkenaan, lambat-laun ia akan terungkai dengan sendirinya,” katanya.

Pada 13 Januari tahun lalu, Mahkamah Persekutuan sebulat suara menjatuhkan hukuman mati terhadap Sirul Azhar dan Azilah Hadri kerana membunuh Altantuya pada 2006.

Namun pada hari mahkamah membuat keputusan, Sirul tidak hadir kerana sebelum itu melarikan diri ke Australia.

Bagaimanapun, beliau ditahan pegawai imigresen Australia kemudiannya pada 20 Januari selepas Interpol mengeluarkan notis merah.

Sirul Azhar  kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney.



4 comments:

  1. Sirul juga telah di"PUJUK" dari awal kes lagi oleh pihak tertentu agar mengatakan bahawa najib dan rosmah TIDAK terlibat dalam PEMBUNUHAN Altantuya......

    ReplyDelete
  2. cerita lapok tunggu jadi kulat

    ReplyDelete
  3. Aku percaya sirul dah dapat sebahagian RM2.6 billion

    ReplyDelete
  4. cer citakan macamana sirul leh naik kapalterbang ke australia.....ni yang pelik sikit....mohon pencerahan...wahai awang selamat....

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...