Tuesday, 5 January 2016

Jawapan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tamparan Buat Macai

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed tidak menerima sebarang tekanan untuk melepaskan jawatan seperti dilaporkan portal berita sebelum ini, kata agensi itu.

Dalam satu kenyataan, SPRM berkata kontrak Abu Kassim hanya akan tamat pada 2018 manakala persaraan wajib beliau daripada perkhidmatan awam adalah pada 2020.

"Buat masa ini, tiada tekanan mana-mana pihak yang meminta beliau menamatkan perkhidmatan di SPRM," kata SPRM hari ini.

The Malaysian Insider hari ini melaporkan Abu Kassim berkemungkinan akan diganti atas masalah kesihatan.
"Tan Sri Abu Kassim berpegang kepada pendirian beliau tidak akan berundur atas tekanan mana-mana pihak, melainkan keputusannya sendiri atas sebab masalah kesihatan," kata kenyataan itu.

The Malaysian Insider sebelum ini memetik sumber melaporkan Abu Kassim mungkin akan diganti selepas agensi itu baru saja menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara berhubung derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri dan anak syarikat Kementerian Kewangan, SRC International.

Sumber berkata, khabar angin bertiup kencang di Jabatan Perdana Menteri dan kalangan pegawai atasan polis tentang seorang pegawai kanan polis atau seorang timbalan pendakwa raya kanan dari Jabatan Peguam Negara mungkin akan menggantikan Abu Kassim untuk mengetuai SPRM.

“Tahap kesihatan Abu Kassim kini sedang digunakan sebagai alasan dalam percubaan untuk menggantikannya,” kata sumber itu kepada The Malaysia Insider yang enggan dinamakan kerana sensitiviti maklumat itu.

Abu Kassim menjalani pembedahan kerana sakit belakangnya pada 7 Ogos lepas dan dilaporkan kembali bertugas pada pertengahan Oktober.

Ogos lepas menyaksikan beberapa pegawai SPRM menjadi sasaran polis dalam siasatan bagi mengenal pasti sumber kebocoran maklumat berkenaan skandal kewangan yang didakwa melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ini berlaku selepas kemunculan dokumen yang didakwa sebagai kertas pendakwaan terhadap Najib yang dirangka SPRM dan diterbitkan laman sesawang Sarawak Report.



1 comment:

  1. SEPATUTNYE SEMUA WARGA KERJA SPRM PATUT BUAT MOGOK DISEBABKAN TEKANAN TERHADAP BADAN SPRM ITU.AHLI AHLI POLITIK TERUTAMANYE PENGKHIANAT NAJIB INI HARUS DIAJAR SEBEGINI RUPA AGAR DIA BOLEH DITANGKAP DAN DIHUKUM

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...