Saturday, 9 January 2016

Gambar Ini Cukup Mengaibkan Najib

Gambar Ini Cukup Mengaibkan Najib. Seorang pengguna internet bakal disiasat angkara memuat naik sekeping gambar yang mempersenda Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam Twitter miliknya berkata Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) telah diarah supaya menyiasat penyiaran gambar yang ‘mengaibkan’ itu.

Gambar tersebut memaparkan wajah Najib yang telah dipakaikan tudung yang menyerupai gaya pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Vida.

Gambar Ini Cukup Mengaibkan Najib

Gambar itu juga memaparkan dialog “Qu Samun, Qu Samun, barulah penyamun”, yang mengajuk ungkapan popular Hasmiza ketika mempormosikan barangannya yang berbunyi: “Qu Puteh, Qu Puteh, barulah putih”.

1 comment:

  1. apala PDRM .... nampaknya PDRM bekerja untuk Najib bukan rakyat....inila masalah bila mereka rasa Najib bagi rezeki bukan Allah....

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...