Sunday, 31 January 2016

Dalam Diam.. Najib Disuruh Berundur Oleh Adiknya Sendiri?

Dalam Diam.. Najib Disuruh Berundur Oleh Adiknya Sendiri? Ini bukanlah kali pertama Nazir Razak, adik kepada Perdana Menteri, Najib Razak yang diselubungi pelbagai isu, meluahkan kebimbangannya mengenai apa yang sedang berlaku dalam negara.

Terbaru, menerusi Instragramnya, beliau berkongsi sebuah poster program TV "Games Of Thrones" yang menunjukkan seseorang berdiri di atas dek kapal semasa ia berlayar dalam keadaan berkabus.

"Saya bimbang dengan masa depan. Saya tidak dapat melihat bagaimana institusi boleh dipulihkan, bagaimana keadaan politik kurang "dicemari", bagaimana reputasi antarabangsa kita boleh dipulihkan," tulisnya.

Dalam Diam.. Najib Disuruh Berundur Oleh Adiknya Sendiri?

Seterusnya, Nazir yang juga Pengerusi Kumpulan CIMB berkata, terdapat keperluan untuk seseorang berhenti seketika, dan memperbetulkan kompas moral seseorang bagi menangani masalah struktur semasa secara holistik.

Siapakah "seseorang" yang dimaksudkan oleh Nazir itu? 








No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...