Saturday, 23 January 2016

Bukti Najib Dalang Desak Mukhriz Berundur?

Bukti Najib Dalang Desak Mukhriz Berundur?Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak hadir ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, petang ini bagi membincangkan kemelut menteri besar Kedah yang kini hilang kepercayaan dan sokongan pimpinan parti negeri.

Najib tiba kira-kira jam 4.30 petang dan dilihat diiringi pemimpin negeri itu termasuk Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang mengetuai sidang akhbar pada Rabu mendesak Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir digantikan.

Turut kelihatan Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Rahim, Setiausaha Perhubungan Datuk Othman Aziz dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang lain memasuki dewan untuk pertemuan tertutup itu.

Pertemuan berlangsung kira-kira 40 minit dan Najib dilihat beredar meninggalkan PWTC jam 5.20 petang. Pemimpin Umno Kedah dan sayap kemudian meneruskan mesyuarat selepas Najib pulang.

Bukti Najib Dalang Desak Mukhriz Berundur?

Pengamal media juga masih menanti di luar dewan bagi mendapatkan reaksi daripada pertemuan tadi.

Rabu lalu, 14 ketua Umno bahagian di Kedah yang diketuai Bashah mengisytiharkan mereka hilang keyakinan terhadap Mukhriz.

Kumpulan tersebut juga merayu supaya Najib campur tangan dalam kemelut politik di negeri utara tanah air itu.


Desakan undur Mukhriz drama arahan ‘Najib’

PETALING JAYA: Desakan supaya Datuk Seri Mukhriz Mahathir meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah hanyalah drama yang diarah sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 
Dakwaan itu dibuat oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mengulas pendedahan dan pengakuan yang dibuat Ketua Wanita UMNO Kedah, Datuk Maznah Hamid yang menyatakan beliau tidak mengetahui sidang media yang disertainya itu. 
Menurut Mahfuz, tindakan itu jelas menunjukkan satu penipuan untuk merampas kuasa secara tidak demokratik dan amat memalukan.

“Tindakan UMNO Kedah yang diketuai Datuk Bashah menyatakan hilang kepercayaan terhadap Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi UMNO Kedah akhirnya mendedahkan berbagai-bagai kejadian tipu muslihat yang dilakukan oleh mereka yang menganjurkan sidang media untuk menjatuhkan Mukhriz. 
“Sidang media tersebut adalah satu usaha yang didramatik dalam episod drama bersiri yang diarah sendiri oleh Najib. Petang ini, 22 Januari 2016 Najib akan mengadakan pertemuan dengan semua pelakon dan pelakon tambahan di studio PWTC untuk memberi arahan agar menghafal skrip baru sebagai penamat drama bersiri ini,” katanya dalam satu kenyataan dibuat hari ini. 
Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, rampasan kuasa daripada kepimpinan Mukhriz itu tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi rakyat dan negara. 
“Rakyat yang berdepan krisis kepercayaan terhadap Najib dengan 1MDB, GST, TPPA, nilai ringgit rendah, kos sara hidup rakyat dan rasuah. 
“Saya mengharapkan pertemuan kepimpinan UMNO Kedah dengan Najib pada jam 4 petang hari ini akan digunakan oleh mereka untuk menyatakan hilang kepercayaan mereka kepada Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO,” katanya.
Sumber


No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...