Tuesday, 12 January 2016

BN Sarawak Berpecah.. Ini Petandanya?

Jika UMNO terus memperlihatkan kelemahan dalam mentadbir Kerajaan Persekutuan, tidak mustahil parti komponen di dalam Barisan Nasional (BN) akan keluar dari perikatan tersebut.

Mantan Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib berkata, parti yang berada di luar Semenanjung dan khususnya di Sarawak tidak terlalu bergantung kepada UMNO.

“Mungkin parti-parti BN di Sarawak kini masih bersama UMNO. Tetapi, jika UMNO lemah dan diganti dengan pihak yang lain, mungkin dia (parti-parti di Sarawak) akan bersama pihak yang lain, sebab mereka ini ‘independent’ (bebas),” ujarnya dalam wawancara eksklusif bersama FMT di kediamannya, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Muhammad kini yang memilih PKR sebagai acuan politiknya juga yakin Pakatan Harapan (PH) mampu memberikan saingan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dijangka diadakan pada Mac ini.

“Di Sarawak, PH dilihat boleh menyaingi apa yang ada di sana kerana masih banyak kelemahan-kelemahan lama. Sebahagian dari rakyat tidak berpuas hati dengan kelemahan lama. PH juga boleh menambahkan pengaruhnya bagi memperbaiki keadaan lama,” katanya lagi.

Selain itu, Muhammad juga tidak menafikan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang dilantik bagi menggantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah menekankan hak dan kepentingan rakyat negeri Bumi Kenyalang itu.

“Ketua Menterinya ada faktor yang besar. Nampak dia (Adenan) membawa suatu kesedaran kepada Sarawak. Apa yang dia kemukakan itu sangat praktikal dari isu-isu bahasa, kepentingan Sarawak dalam Malaysia,” jelasnya.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...