Tuesday, 26 January 2016

Berita Menyedihkan Buat Rakyat Malaysia.. Saksikanlah

Berita Menyedihkan Buat Rakyat Malaysia.. Saksikanlah. Jabatan Peguam Negara berpuas hati bahawa tiada kesalahan jenayah dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkaitan tiga kertas siasatan yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, pada sidang media sebentar tadi, mengarahkan ketiga-tiga kertas siasatan terbabit ditutup. 

Beliau berkata, kertas siasatan berkenaan termasuk satu berkaitan kes yang dikatakan membabitkan dana RM2.6 bilion dan dua kertas siasatan berkaitan kes SRC International yang sudah dikemukakan kembali kepada SPRM. 

"Berhubung kertas siasatan berkait dana yang dikatakan berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri, saya berpuas hati bahawa keterangan saksi dan dokumen sokongan yang dikemukakan pihak SPRM kepada saya menunjukkan bahawa dana yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri berjumlah AS$681 juta (RM2.08 bilion)

Berita Menyedihkan Buat Rakyat Malaysia.. Saksikanlah

"Dana berkenaan, yang dimasukkan di antara tarikh 22 Mac 2013 dan 10 April 2013 adalah sumbangan peribadi kepada Perdana Menteri daripada keluarga diraja Arab Saudi dan diberikan kepada beliau tanpa apa-apa batasan. 

"Pihak SPRM sendiri di dalam siasatan menemui dan merakamkan percakapan saksi termasuk pemberi sumbangan dana terbabit yang mengesahkan sumbangan terbabit diberikan kepada Perdana Menteri secara peribadi," katanya.









9 comments:

  1. Tunggulah balasan dari yang Maha mengetahui lagi Maha Adil balasan yang akan diterima nanti Insya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org mcm ini boleh ingat allah ke?Klu dia ingat allah ,dia tak buat kerja mcm ni

      Delete
  2. Bagi saya, berita yg menyedihkan ialah apabila pihak yg diharapkan utk selamatkan rakyat telah bertelagah sesama sendiri. Maka dgn muncul berita sebegini, yg mmg tlh dpt diagak sejak awal, ke mana lg rakyat bole mengadu...

    ReplyDelete
  3. org tak ada iman beginilah jadinya. menjual agama krn habuan dunia.

    najib dpt berbilyun2. dah dpt syurga dunia. mamat ini dpt jwtn dan juta2? tp diakhirat nanti, dia duduk sama tempat dgn najib.

    mufti senyap bisu? tak ada ke komen? vape ada fatwa.

    ReplyDelete
  4. Lembaga Pengarah TAbung Haji bro. Tak ke happy!

    ReplyDelete
  5. inilah peguam negara jujur...yg memenuhi standard najib..u help me, i help u....tak lama lagi negara afrika akan kata...tengok malaysia lebih berulat berbanding dgn zimbabwe....selagi najib PM selagi tu penuh skandal....

    ReplyDelete
  6. Masalahnya ialah Najib tu Pegawai Kerajaan yang menerima wang derma tanpa istihar. Bukan tidak istihar derma adalah satu kesalahan di bawah akta SPRM. Logik mudah pun AG tak dapat tafsir. Mana mungkin dia dapat tafsir kes yang besar. Sungguh memalukan ... kita sendiri yang merendahkan martabat dan Maruah Melayu. Melayu la ni bukan saja nampak BODOH dan BANGANG tetapi sememangnya BODOH dan BANGANG.
    Tahniah Malaysia kerana mempunyai seorang AG yang asas undang-undang pun tak faham dan tiba-tiba faham akan undang-undang yang kompleks.

    ReplyDelete
  7. "Najib lebih baik dari Firaun " - Tuang Presideng Pas. "Takkan lah Najib bodoh dimasukkan duit banyak tu dalam akaun peribadi dia - Mursyidul Ham PAS @ Ghostbuster.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...