Sunday, 10 January 2016

Gempar!! Berita Ini Mengaibkan Amanah?

AMANAH tidak layak meminta kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor. Pendapat itu diutarakan,Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Ulung, Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin yang berpandangan masih terlalu awal untuk berikan kerusi ahli majlis PBT kepada parti itu.

“Sebenarnya belum wajar lagi (AMANAH minta kerusi ahli majlis PBT) sebab mereka parti baharu,mereka kena tunggu pilihan raya akan datang kalau mereka menang, baru mereka boleh tuntut. Tetapi, oleh kerana mereka menuntut, Azmin (Menteri Besar Selangor) terpaksa meraikannya.

“Mereka telah menunjukkan bahawa mereka ini nak cepat dan gelojoh mahu mendapatkan jawatan berbanding memperkasakan parti mereka itu sendiri. Jika mereka menang mereka akan menuntut kerusi EXCO pula,” katanya ketika dihubungi FMT.

Mengulas lanjut, Shamsul Amri berkata, perkara itu tidak akan berlaku sekiranya PAS menerima jawatan sebagai Menteri Besar Selangor kerana AMANAH tidak punyai keberanian menuntut kerusi-kerusi ahli majlis PBT itu.

Pada masa sama, beliau turut menjangkakan situasi politik Selangor akan lebih getir dengan pertandingan tiga penjuru yang bakal berlaku pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“PAS akan bertanding di 15 kawasan yang dimenangai sebelum ini dan sudah pastinya AMANAH akan bertanding di kerusi tersebut (untuk mengelak bertembung dengan PKR dan DAP). Jadi di sini akan berlaku konflik tiga penjuru PAS, AMANAH dan UMNO,” ujarnya.



6 comments:

  1. Kenapa kita mesti takut bila pertandingan tiga penjuru berlaku bukankah itu demokrasi namanya dan dari situ baru kita dapat lihat siapa yang benar-benar yang diterima oleh rakyat yang mengundi bukannya siapa yang bertanding ,sekarang ini PAS dan UMNO sedang nazak dengan sokongan pengundi dan rakyat yang memilih sebab semua isue yang sedang diperkatakan oleh rakyat langsung tidak diperdulikan hinggakan rakyat telah muak dengan kerenah Adun dan MP yang telah dipilih mereka langsung tidak ambil pusing dengan semua apa yang telah berlaku mereka hanya pentingkan jawatan dan wang untuk tembolok sendiri kita tunggu dan lihat dalam PRU14 nanti.

    ReplyDelete
  2. Amboi ! Gatalnya mulut professor (ulung?) ni!

    ReplyDelete
  3. hello professor tak ulung, UMNO has no right to claim for premiership based on people consensus....they won 47% p[olpular votes...but you will liock their asshole to back them to power...sorry you havent got an iota of integrity...

    ReplyDelete
  4. ... Maaf shbt .. Sbg rakyat brbgsa melayu, sy ikuti perkmbgn plbg parti politik dlm ngra kita. Sy nk nyatakn di sini, semakin rasa mual dgn krenh anggota parti bgsa kt, tdk mahu ulas parti mn yg buatkn sy rs malas nk taip parti trsebut ttp semua part yg ramai melayu. Sush sgt ke nk bersatu..? Potpet sna potpet sini.. Yg itu potpet mcm ni, yg itu potpet mcm ni, ada shj yg tak kena.. Inilh yg dikatakn dunia dunia dunia.. Akhir zaman! Menghina, mmfitnh semakin mnjdi2! Kasihnlah anak2 kecil keturunn kita dn anak2 muda bgsa kt, yg tua asyik nak 'bergaduh je'. Mcm tak ingt nak mati tak ingt sakaratul maut! TIDK SEMUA BGSA KT MCM NI YE. Maaf. Kalau tak mati kiamt.. Nak PRU dah. Fikirlh yg baik utk msa dpn Agama Islam kita, Ummah kita kita keturunn ngra kita bgsa Malaysia kt.. Malu btul pd plbg bgsa Malaysia yg Muslim bukn brbgsa melayu! Perangai sbhgn bgsa kita tdk mnunjukn Akhlak yg baik. Bgmn nak tarik sdra kita yg belum lgi Muslim utk Anuti Agama Islam yg Suci ini..? Seharusnya sbg bgsa melayu yg tentu muslim, mnjd pewaris Nabi Muhammad SAW utk berdakwah dn mulakn dgn Akhlak yg baik kata2 yg baik dll.. Emmm.. Rasa mual utk teruskn bl fikir ttg sbhgn bgsa kt terUtama bl teringt kumpuln G25 yg ketuanya adalah...(?) Ehem, maaf.. Sekian. Iftitah+Al-Fatihah+Al-'Asr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf la. Aku dah keluar Pas dan dah masuk Amanah. Sbb aku rasa pas ni cuma utk orang pantai timur aje.

      Delete
  5. Rakyat yang rasional akan memilih parti yang dilihat bersih dan mampu menawarkan dasar yang membawa keamanan, pembangunan dan kebajikan.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...