Monday, 18 January 2016

Berita Ini Betul-Betul Mengaibkan PAS

Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan hari ini menarik balik sebahagian daripada kenyataannya pada 6 Ogos 2014 yang menyebabkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tersinggung. 

Nasrudin berkata beliau kesal kerana artikel itu telah menyebabkan salah faham dengan Lim. 

"Kami telah memutuskan untuk tidak memanjangkan kes berkenaan. 

"Saya telah membuat keputusan untuk menarik balik sebahagian artikel yang menyinggung Lim kerana ia tidak mempunyai asas," kata Nasrudin yang membaca kenyataannya di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Mahkamah juga memerintahkan Nasrudin membayar RM10,000 sebagai pampasan kepada Lim. 


Nasrudin mendakwa Lim memberikan projek secara rundingan terus walaupun Pakatan Rakyat menentang cara berkenaan. 

Beliau kemudian mempersoalkan mengapa Lim tidak dibidas kerana projek itu sedangkan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim diselar dan didesak meletak jawatan kerana projek Lebuhraya Kinrara-Damansara. 

Pemimpin PAS itu juga mempersoalkan "perbelanjaan berlebihan" Lim sebagai sesuatu yang tidak perlu apabila Pulau Pinang mencatatkan bajet defisit selama enam tahun berturut-turut. 

"Di mana kepimpinan Pakatan dalam menegur tindakannya?" soal Nasrudin. 

Projek Kidex adalah antara sebab utama mengapa PKR yang mahu menggantikan Khalid sebagai menteri besar. 

Kos projek itu dianggarkan bernilai RM161 juta dengan tempoh konsesi selama 48 tahun.








No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...