Tuesday, 12 January 2016

Berita Buruk Buat Penjawat Awam?

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa menafikan laporan penjawat awam berstatus kontrak akan ditamatkan perkhidmatan mereka menjelang Disember tahun ini.

Beliau berkata kerajaan tidak berhasrat untuk menamatkan khidmat kakitangan kontrak tahun ini.

"Berita itu adalah kenyataan palsu dan fitnah daripada individu yang tidak bertanggungjawab dan tidak berautoriti," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Sebuah portal hari ini melaporkan kakitangan kerajaan yang berstatus kontrak tidak akan disambung dan ditamatkan perkhidmatan sepenuhnya bermula Disember ini.

Memetik kenyataan sumber, portal itu berkata maklumat itu diperoleh daripada satu mesyuarat awal pagi Isnin.


No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...