Wednesday, 6 January 2016

Artis Popular Ini Hampir Bankrap

Penyanyi Soo Wincci mengaku hampir muflis apabila beberapa penaja menarik diri daripada menaja konsert solonya selepas dia mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Katanya, dia terpaksa melaburkan sebanyak RM500,000 untuk meneruskan konsert itu gara-gara beberapa penaja menarik diri di saat-saat akhir. 

Katanya, dia tidak dapat membuat promosi untuk konsert berkenaan kerana kekurangan sumber kewangan sehinggakan jualan tiket tidak mendapat sambutan. 

Bagaimanapun, dia mengaku tidak menyesal kerana kejadian itu telah membantu mempopularkan dirinya ke luar negara. 

“Konsert itu tidak gagal kerana saya berjaya memberi persembahan terbaik kepada penonton. Cuma ia gagal daripada segi kewangan. “Jujurnya saya hampir muflis kerana hutang yang ditanggung. Mujurlah rakan-rakan membantu meminjamkan wang bagi menyelesaikan hutang itu. 

“Bayangkan, kesihatan saya juga tidak stabil ketika itu kerana terlalu kuat bekerja,” katanya lapor Mstar Online. Konsert bertemakan “Simply Inwinccible’ itu diadakan pada 31 Oktober lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. 

Penyanyi itu yang sedang mencipta nama di Taiwan dan popular dalam kalangan peminat hiburan tempatan selepas menyertai Masterchef Malaysia terbitan ASTRO. 

Soo Wincci membuat rakaman video yang menyarankan Najib berundur selepas Perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos tahun lalu.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...