Monday, 1 February 2016

Akhirnya Menteri Besar Baru Kedah Akan Diputuskan Adalah..

Akhirnya Menteri Besar Baru Kedah Akan Diputuskana Adalah.. Jemaah Diraja Kedah dilaporkan meminta satu pertemuan diadakan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) pada Isnin bagi menyelesaikan isu menteri besar di negeri itu, menurut akhbar The Star hari ini.

Akhbar bahasa Inggeris itu melaporkan, jemaah itu akan menemui semua 21 wakil rakyat, termasuk Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir, secara berasingan.

Memetik sumber politik, akhbar itu berkata, perjumpaan yang akan diadakan di Alor Star itu bagi membolehkan jemaah menilai sama ada majoriti Adun BN menyokong rancangan menukar menteri besar tersebut.

Mereka memberitahu akhbar itu, jemaah terpaksa bertindak kerana Mukhriz enggan meletak jawatan sebagai menteri besar.

Media mengeluarkan laporan yang berbeza-beza mengenai nama calon menteri besar yang dikemukakan kepada jemaah diraja itu, dengan Berita Harian mengatakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah tidak termasuk dalam senarai.

Memetik sumber yang tidak dinamakan, akhbar itu berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencadangkan tiga wakil rakyat – Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (Guar Chempedak), Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid (Ayer Hangat) dan Datuk Azmi Che Hussin (Bayu).

Akhirnya Menteri Besar Baru Kedah Akan Diputuskan  Adalah..

Bagaimanapun, The Star pada Ahad berkata, hanya nama Ahmad Bashah yang dikemukakan ketika presiden Umno itu menghadap istana Kedah pada Jumaat.

Pada sidang media 20 Januari lalu, Ahmad Bashah berkata, Mukhriz gagal menyatukan parti dan jentera di Kedah, dan tidak menyediakan strategi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, 14 bahagian dan sayap pemimpin di negeri itu mahu Najib campur tangan untuk menurunkan Mukhriz.

Menurut laporan media, 19 Adun Umno menandatangani kenyataan bersumpah menyokong penyingkiran Mukhriz.

Laporan itu juga berkata, istana meminta surat rasmi mengenai status Mukhriz dalam Umno, dan Mukhriz dikatakan sudah dipanggil menghadap pada pukul 4 petang Jumaat.

Pada Jumaat, Najib mengumumkan pertemuannya dengan Jemaah Diraja Kedah itu berjalan lancar dan senarai cadangan calon menggantikan Mukhriz sudah dikemukakan dan tidak ditolak istana.

Beliau tidak mendedahkan senarai nama itu dan berkata, Mukhriz akan kekal sebagai menteri besar Kedah dan ketua Umno negeri itu sehingga diberitahu kelak. – 31 Januari, 2016.



1 comment:

  1. Jom semua rakyat kedah
    .kita keluar ramai di hadapan istana utk menunjukkan bantahan terhadap perlsntikkan penyangak2 tu. Rakyat Kedah mahukan Mukhriz

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...