Wednesday, 2 December 2015

Tindakan Paling Terdesak Kerajaan Umno BN.. Saksikanlah

Tindakan Paling Terdesak Kerajaan Umno BN.. Saksikanlah. Wartawan Al Jazeera yang menerbitkan laporan berbentuk penyiasatan mengenai kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, tidak dibenarkan memasuki negara ini kerana tindakannya boleh memudaratkan negara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata dalam satu jawapan bertulis Parlimen hari ini, tindakan Mary Ann Jolley membuat laporan berkenaan kes berkaitan wanita Mongolia itu juga berupaya menggugat ketenteraman awam.

"Akta Imigresen 1959/63 memberi kuasa kepada ketua pengarah imigresen menyekat kemasukan mana-mana warganegara asing ke Malaysia setelah mempercayai individu berkenaan boleh membawa kemudaratan kepada keselamatan negara," katanya.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian semalam yang bertanyakan alasan Jolley tidak dibenarkan masuk ke negara ini berdasarkan siaran melalui rancangan 101 East "Murder in Malaysia" pada September lalu yang melibatkan kes pembunuhan Altantuya.

Wakil rakyat PKR itu juga bertanya adakah siasatan terhadap salah seorang yang disabitkan bersalah, Sirul Azhar Umar, ditutup sejak beliau melarikan diri ke Australia.

Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata, siasatan ke atas kes yang melibatkan Sirul selesai dan hukuman sudah pun dijatuhkan Mahkamah Persekutuan.

Tindakan Paling Terdesak Kerajaan Umno BN.. Saksikanlah

"Sehubungan itu, tidak timbul isu berkaitan penutupan siasatan kes berkenaan," katanya.

Dalam program dokumentari siasatan selama 25 minit itu, Jolley membawa penonton ke dalam kontroversi yang dahulunya hangat dan saga Altantuya yang penuh dengan elemen seks, skandal kewangan, keganasan dan konspirasi.

Dokumentari itu menimbulkan persoalan sama ada 2 lelaki disabitkan bersalah – Sirul dan Azilah Hadri – merupakan “kambing hitam” untuk yang lain, memetik teks mesej dihantar Sirul – menunjukkan seolah-olah terdapat penyembunyian daripada pihak atasan.

Jolley, seorang warga Australia berkata, pasukannya mengambil masa beberapa bulan untuk menyiasat dan kerja-kerja latar belakang untuk menghasilkan video tersebut.

Altantuya dibunuh pada Oktober 2006, dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan tentera.

Siasatan kemudiannya mendedahkan dia terlibat dalam hubungan sulit dengan penasihat politik Datuk Seri Najib Razak, iaitu Abdul Razak Baginda.

Razak didakwa bersubahat membunuh, tetapi kemudiannya didapati tidak bersalah.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...