Thursday, 10 December 2015

Tabiat Buruk Perwakilan Umno Tersebar

Tabiat Buruk Perwakilan Umno Tersebar. Larangan supaya tidak merokok di dalam Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) diambil peduli oleh para perwakilan yang hadir ke perhimpunan berkenaan.

Tinjauan FMT di sekitar PWTC mendapati, para perwakilan tetap merokok meskipun papan tanda larangan supaya mereka tidak berbuat demikian boleh dilihat di kebanyakan tempat.

Disebabkan bangunan itu menggunakan sistem pendingin hawa, sikap perokok-perokok berkenaan telah menyebabkan orang ramai terutama mereka yang tidak merokok sukar untuk bernafas.

Tabiat buruk para perwakilan itu secara tidak langsung telah menyebabkan imej UMNO pada persidangan kali ini tercalar.

Mengeruhkan lagi keadaan, para perwakilan turut menggunakan vape sekaligus menyebabkan lobi di sekitar Dewan Tun Dr Ismail dipenuhi dengan kepulan asap.

Tabiat Buruk Perwakilan Umno Tersebar

Masalah itu bukanlah masalah baru, malah, ia pernah dibangkitkan pada perhimpunan agung tahun lepas.

Pada Perhimpunan Agung UMNO 2014, Ketua Penerangan parti itu, Datuk Ahmad Maslan telah menasihatkan perwakilan supaya merokok di kawasan ditetapkan.

“Saya akan membuat pengumuman untuk mengingatkan mereka tidak merokok di kawasan awam,” katanya.



1 comment:

  1. tak kan ahli bawahan yg bertaraf tukang angguk nak dihukum atau disalahkan....presidennya buat salah pun orang tak dakwa....lagipun mana ada adab ahli UMNO ni....ampu ada lah

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...