Wednesday, 16 December 2015

Senyap-Senyap.. Agensi Ini Dah Jatuh Miskin?

Saham FGV tinggal RM1.56, jatuh lebih 70% dari ketika ia diterbitkan iaitu RM4.55 pada tahun 2012 lalu. Gembar gembur kejayaan hampir tiada kedengaran.

Bajet Felda sekitar RM1.5 bilion seperti dahulu tiada lagi kerana sumbangan terbesar melalui Felda Plantation telah dipajak oleh FGV selama 99 tahun. Pendapatan dari Estet Felda ini menyumbang RM1 bilion setahun.

Felda sudah ‘miskin’ sekarang. Berbelas tabung yang bersifat kebajikan hampir tidak berfungsi. Para kontraktor yang buat kerja di Felda mengeluh kerana bayaran terlalu lembab, hingga 5-6 bulan baru dapat. Mereka dakwa sebelum ini tidak pernah seteruk ini.

Pengumuman YAB PM mengenai rumah Gen 2 dalam pembentangan Bajet, dijangka retorik semata mata. Projek yang seumpamanya diumumkan sejak 10 tahun lalu pun amat perlahan seperti kura kura. Ia tidak lebih mengambil hati anak muda Felda.

Para peneroka terutamanya yang masih mempunyai tanggungan sama ada anak atau cucu yang masih bersekolah, sedang merasakan peritnya. Dua minggu lagi sesi persekolahan 2016 akan bermula. Kelengkapan sekolah, pendaftaran dan yuran sekolah, mesti disediakan.

FGV yang dijulang sebagai ‘ Santa Claus’, rupa rupanya pembawa bencana dan menambah derita warga Felda. Memo dan demo, cadangan dan pandangan, naik turun mahkamah, Usul Parlimen dan DUN telah dibawa.

Pak Menteri dan pembesar negara bercuti hujung tahun, berjoli sakan….

Rakyat kebingungan dan bermenung panjang, mengenang nasib esok hari…..

Dulu dulu…,takkan Umno nak tipu kita… Sekarang……kita ni asyik kena ‘kencing’ UMNO je lah…


Mazlan Aliman
Pengerusi
Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK)

12 comments:

  1. Alhamdulillah. Kami dibandar sudah lama merasakan keperitan hidup dan sejak kebelakangan ini semakin menjadi-jadi. Sekarang giliran orang Felda pula. Jangan ingat anak-anak Felda dibandar dapat bantu emak bapak. Mereka pun sesak jugak. Alhamdulillah. Selamat mengundi Umno seumur hidup!!

    ReplyDelete
  2. Kena kencingpun hadi tak kisah, apa lagi harun din...

    ReplyDelete
  3. aku pun anak peneroka mcm mazlan aliman...berbuih ckp dgn family ..semua tak percaya..sekarang baru padan muka korang...

    ReplyDelete
  4. Kadang-kadang perkara sebegini mungkin perlu berlaku untuk dijadikan pengajaran & pelajaran. Jika tidak mungkin mereka menganggap retorik semata-mata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang melayu ni terutama orang2 tua kita hidup dalam nostalgia. Sebab itu mereka terlalu percaya & yakin pada umno. Nak kena kat kepala sendiri dulu baru nak sedar....

      Delete
  5. Syabas kepada orang-orang FELDA yang telah melabur dalam FGV, kurang pendapatan jangan belanja sakan.

    ReplyDelete
  6. nasib ko lah labuuuuu!!!!

    ReplyDelete
  7. Ok...Ok...lepas tuh kita nak buat apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai tak kan tu pun nak diberitahu.. malam2 pandai pulak keris mencari sarung..

      Delete
  8. Ok...Ok...lepas tuh kita nak buat apa?

    ReplyDelete
  9. dahulu kini dan selama2nya tetap skg UMNo...pdm muka kami..

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah.... padan muka, siapa suruh perihara jembalang? kekeke....

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...