Wednesday, 9 December 2015

Rupanya Penderma RM2.6 Billion Berasal Dari Sini..

Rupanya Penderma RM2.6 Billion Berasal Dari Sini. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sudah menghantar pegawainya ke Timur Tengah baru-baru ini untuk menemui penderma RM2.6 billion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, lapor portal BH Online. 

Menurut portal milik akhbar Berita Harian itu, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Azam Baki bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung pemergian pegawai mereka kerana siasatan lanjut masih dijalankan. 

"Memang kita ke Asia Barat baru-baru ini untuk menemui individu yang dikaitkan dengan dana RM2.6 bilion berkenaan.

"Sejauh mana pertemuan itu kita tidak boleh dedahkan," katanya di Kota Baru, Kelantan, seperti dilaporkan BH Online.

Azam juga berkata kebocoran maklumat di media sosial mengenai pegawainya yang pergi ke Timur Tengah akan disiasat.

Najib berkali-kali dikritik berhubung sumbangan itu, sebahagian besar daripadanya dimasukkan ke dalam akaun beliau tidak lama sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan pada Mei 2013.

Rupanya Penderma RM2.6 Billion Berasal Dari Sini

Minggu lepas, perdana menteri sepatutnya menjawab soalan tentang wang itu di Dewan Rakyat tetapi beliau tidak hadir dan timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat penjelasan bagi pihaknya.

Zahid memberitahu Parlimen, identiti penderma itu sudah dikenal pasti dan mengesahkan wang itu tidak datang dari syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada Ahad, SPRM dilaporkan sudah mengambil keterangan Najib berhubung isu berkaitan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB, serta sumbangan RM2.6 bilion itu.

SPRM juga dilaporkan turut merakamkan kenyataan ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho dan pengarah SRC International Datuk Suboh Mohd Yassin sebelum ini.





2 comments:

  1. Kalu ikan bilis telan duit rasuah tak pula dikatakan derma tapi bila ikau jaws sunglap dan hampir jadi pelingkup negara dengan menerima rasuah yang begitu ketara banyaknya tidak pula dikatakan rasuah sebaliknya SPRM sanggup pula menjadi belaci perasuah dengan memberi arahan untuk menyiasat pemberi maklumat adakah memberi maklumat sesorang yang telah menerima rasuah jadi kesalahan jika penerima itu dari kalangan pelingkup.u

    ReplyDelete
  2. Tahun 2020 kadar rasuah akan menjadi 0% jika perkataan "rasuah" dihapuskan dan ditukar dengan perkataan "derma".

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...