Sunday, 13 December 2015

Rupanya Mamat Ni Pemilik 3 Pesawat Diparkir di KLIA..

Rupanya Ini Pemilik 3 Pesawat Diparkir di KLIA. Teka-teki pemilik tiga pesawat yang diparkir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terjawab selepas sebuah syarikat tampil membuat pengakuan.

Syarikat Swift Air Cargo yang dinamakan sebagai pemiliknya mendakwa ia secara konsisten berhubung dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkenaan pesawat berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kapten Blue Peterson memberitahu akhbar The Star pada Jumaat bahawa tiga pesawat Boeing 747 yang diiklankan di akhbar itu pada 7 Disember lalu telah menjadi milik mereka sejak 8 Jun tahun ini.

MAHB tahu perkara ini kerana kita telah mengadakan banyak pertemuan dengan mereka mengenai pesawat berkenaan.

MAHB atas sebab tertentu yang tidak dapat diduga, enggan mengakui Swift sebagai pemilik pesawat, walaupun kita mempunyai semua dokumen sokongan, termasuk bil penjualan bagi tiga pesawat itu,” dakwanya, lapor Mstar Online.

Menurut laporan itu lagi, penjualan pesawat itu kepada Swift Air Cargo telah disaksikan oleh peguam cara Syed Amir Ibrahim dari Syed Ibrahim & Co, semasa dokumen itu ditandatangani di Kuala Lumpur.

Rupanya Ini Pemilik 3 Pesawat Diparkir di KLIA

Syed Amir apabila dihubungi, mengesahkan bahawa penjualan pesawat itu kepada Swift telah berlaku.

Kapten Peterson turut menjelaskan pihaknya mempunyai Akuan Berkanun daripada pemilik sebelumnya, diperakui di Hong Kong dengan cop Konsulat Malaysia.

“Pelbagai dokumen sokongan, jelas menyatakan bahawa Swift adalah pemilik ketiga-tiga pesawat B747,” kata beliau.

Tambahnya, mesyuarat pertama dengan MAHB dibuat dengan Pengurus Besar Kanan dalam perkhidmatan beroperasi 17 Jun lalu.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...