Monday, 7 December 2015

Rupanya Ini Punca Rakyat Malaysia Mati Ditembak Berpuluh Kali Di Thailand?

Rupanya Ini Punca Rakyat Malaysia Mati Ditembak Berpuluh Kali Di Thailand? Adik kepada ahli perniagaan Malaysia yang ditembak berpuluh-puluh kali sehingga mati di Hatyai Jumaat lalu mahu Polis Thailand mengemukakan bukti berhubung dakwaan abangnya dibunuh kerana berhutang 35 juta baht (RM4.11 juta).

Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Ah Lee, 50, berkata beliau amat terkejut apabila membaca laporan beberapa akhbar hari ini yang menyatakan abangnya, Lee Ah Han, mati dibunuh kerana perselisihan perniagaan.

Ia melibatkan hutang berjumlah 35 juta baht (RM4.11 juta) kepada seorang ahli perniagaan dari Malaysia.

Bernama yang melaporkan berita itu semalam memetik sumber Ketua Polis Mukim Thunglung, Kolonel Polis Vichapan Chantraporn sebagai mengesahkan maklumat perisikan polis.

Berdasarkan maklumat itu, polis mendapati bahawa mangsa ada masalah hutang sebanyak 35 juta bath yang dibayar menggunakan cek tendang dan berlanjutan selama 6 bulan.

Rupanya Ini Punca Rakyat Malaysia Mati Ditembak Berpuluh Kali Di Thailand?

"Kenyataan itu silap, sebab abang saya tak pernah hutang kepada sesiapa pun, kalau betul sebab cek tendang, polis mesti tunjuk cek itu sebagai bukti," katanya dalam sidang media di Alor Setar hari ini. 

Jelasnya, laporan itu menyebabkan nama abangnya tercemar dan beliau mahu siasatan mengenai kes tersebut dibuat dengan segera bagi mengetahui dalang di sebalik kejadian tersebut. 

Lee Ah Han, 54, ditembak Jumaat lalu di daerah Hatyai ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai bersama isterinya Mayuree Thipmani, 42.

No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...