Thursday, 10 December 2015

Rupanya Ini Keputusan MT Umno Terhadap Muhyiddin?

Rupanya Ini Keputusan MT Umno Terhadap Muhyiddin? Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengatakan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan membuat pengumuman tentang nasib Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam parti Melayu itu.

Beliau berkata demikian sewaktu ditanya tentang kemungkinan sebarang tindakan disiplin bakal diambil terhadap orang nombor 2 Umno itu selepas Majlis Tertinggi bermesyuarat malam ini.

"Itu kita serahkan kepada setiausaha agung untuk membuat pengumuman tentangnya," kata Zahid sewaktu ditemui pemberita.

Beliau bagaimanapun menjelaskan mesyuarat MT malam ini tidak melibatkan sebarang perbincangan tentang kemungkinan tindakan terhadap Muhyiddin serta Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal.

Rupanya Ini Keputusan MT Umno Terhadap Muhyiddin?

Sementara itu, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sewaktu ditemui pemberita sekadar berkata yang mesyuarat MT malam ini berjalan dengan baik.

"It was good (Ia berjalan baik)," katanya ringkas.


Dipecat UMNO? Muhyiddin senyum, geleng kepala
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya tersenyum dan mengelengkan kepala apabila diajukan soalan sama ada beliau takut jika dikenakan tindakan pada Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) malam ini. 
Sebaliknya, bekas Timbalan Perdana Menteri itu yakin beliau tidak akan dikenakan sebarang tindakan disiplin oleh parti Melayu itu. 
Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Afdal berkata, beliau berpuas hati dengan perjalanan dan sambutan Persidangan UMNO hari ini. 
Bagaimanapun ketika diminta mengulas mengenai mesyuarat MT malam ini, beliau enggan mengulas lanjut sebaliknya akan memberi komen selepas mesyuarat itu berlangsung. 
“Sambutan baik, perjalanan juga baik. (tindakan tatatertib) saya akan jawab selepas himpunan bersidang.
Terdahulu, Muhyiddin dan Shafie tiba di Pusat Dagangan Dunia Putra sekitar 3 petang untuk melawat sayap-sayap parti yang bersidang. 
Kehadiran mereka disambut laungan kata-kata “Hidup Tan Sri” berkali-kali.
Sumber

2 comments:

  1. org johor sedang perati saja gelagat najib dan sepupunya...kalau rasa cukup dgn kb saja boleh menangkan umno...kami rakyat biasa rasa tidak... sebab kami lebih ramai.

    ReplyDelete
  2. aku dan yag lain apun rakyat bilasanya jugak. Kami sokong najib. Jgn perasan semua rakyat sokong muhyiddin. Sehingga belum terbukti kesalahan najib secara perundangan, aku sokong najib. Tanpa bukti, semuanya adalah berbentuk andaian.Si penderma sendiri pun tak mendakwa atau marah najib pasai salah guna duit(kononnya)si pencacai pulak yg menyalak. Kalau najib tak mahu dedahkan si penderma, tuga pencacai yang kononnya hebat adalah untuk mencari dan membongkar si penderma, salah guna duit, pecah amanah dan lain-lain andaian negatif setaranya..Kata hebat nak jatuhkan najib, kerja senang pun tak boloeh buat. KIra HEBATLAH NAJIB. Tyu pasallah aku sokong dia.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...