Wednesday, 23 December 2015

Rupanya Ini Jutawan Arab Yang Derma RM2.6 Bilion Kepada Najib?

Rupanya Ini Jutawan Arab Yang Derma RM2.6 Bilion Kepada Najib? Kerajaan hari ini mengesahkan ahli perniagaan Low Taek Jho yang juga dikenali sebagai Jho Low menghadiri mesyuarat lembaga pengarah 1MDB. 

Dalam jawapan bertulis parlimen, kerajaan berkata Low hadir mewakili pihak keluarga diraja Arab Saudi dan tidak mengambil bahagian dalam perbincangan. 

Kerajaan berkata demikian ketika menjawab soalan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan jika Low pernah menghadiri mesyuarat lembaga 1MDB pada bulan September 2009 mengenai pelaburan sebanyak AS$1 bilion dalam usaha sama dengan Petro Saudi International

"Encik Low Taek Jho pernah menghadiri satu mesyuarat lembaga 1MDB. "Ini adalah kerana pihak keluarga diraja Saudi telah dijemput untuk membuat kunjungan hormat kepada 1MDB. 

"Walau bagaimanapun, pihak keluarga diraja Arab Saudi tidak dapat hadir dan telah meminta Low untuk mewakili mereka dan menyampaikan salam hormat mereka kepada ahli-ahli lembaga pengarah 1MDB," kata kerajaan.

Rupanya Ini Jutawan Arab Yang Derma RM2.6 Bilion Kepada Najib?

"Encik Low Taek Jho Low telah berbuat demikian dan meninggalkan mesyuarat dengan segera tanpa mengambil bahagian dalam apa-apa perbincangan. 

Perkara ini dibuktikan melalui minit mesyuarat tersebut,” katanya. Jawapan yang diberikan itu adalah pada sesi terakhir sidang Dewan Rakyat 2015 yang berakhir pada awal bulan ini.





5 comments:

  1. Aduh. Jawapan2 nak pertahan rompakan 1MDB makin hari makin jadi mengarut la pulak.Kita dapat nampak betapa bodohnya pencuri-pencuri dari UMNO ini.

    ReplyDelete
  2. Tak sangka Jho Low boleh cakap Arab...agaknya dia cakap Arab masa mesyuarat 1MDB, tu yg menyebabkan setiasuaha atau pencatat minit tak faham apa dia cakap....last2 kata Jho Low tak cakap apa2...setaraf cerita cartoon network...kahkahkahh

    ReplyDelete
  3. ooo INI DIA SHEIKH SYED AL LOW RUPANYAAA!!!

    ReplyDelete
  4. Spin..teruskan spin..
    seronok tgk Melayu menjatuhkan Melayu..
    Melayu bukan sahaja mudah lupa tapi senang sgt diperbodohkan..
    Org Arab agama Islam derma dgn pemimpin Islam..itu bahaya..
    tapi duit yahudi derma pembangkang, itu ok..

    ReplyDelete
  5. kalu ada comment kacau komen "spin" yg di published maka kita tahu la di pihak mana blog ini..hahaha

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...