Monday, 28 December 2015

Berita Gempar Meletup..

Seorang demi seorang pemimpin kanan PAS bangkit menentang usaha membawa parti mereka mendekati Umno seperti presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Walaupun dalam pelbagai nada, antara kerjasama dan bergabung, namun jelas sekurang-kurangnya 3 pemimpin kanan PAS sudah mula kelihatan dalam menentang arus yang cuba dibawa untuk bersama dengan Umno.

Nada penolakan kerjasama ini bermula dengan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang sentiasa bertegas, tidak akan ada gabungan antara parti Islam itu dengan Umno.

Kenyataan Tuan Ibrahim disokong naib presiden yang juga pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad.

Terbaru, seorang lagi Naib Presiden PAS Idris Ahmad bangkit dengan kenyataan paling panas iaitu menghalau mana-mana pemimpin atau ahli keluar parti itu jika mahu bergabung dengan Umno.

"Heboh di media sosial dan media perdana, PAS hendak bergabung dengan Umno.

"Ingin saya tegaskan PAS ada organisasi daripada peringkat Majlis Syura Ulama, AJK PAS Pusat dan muktamar.

"Pandangan peribadi tidak boleh dipakai. Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin dengan Umno, maka individu itu saja yang pergi," kata ahli Parlimen Bukit Gantang itu dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sehingga kini, siapakah yang disasarkan Idris tidak dapat dikenal pasti.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memakai baju Melayu warna sedondon dengan Presiden Umno Datuk Najib Razak pada majlis Multaqa Alumni Al Azhar Malaysia, baru-baru ini.Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memakai baju Melayu warna sedondon dengan Presiden Umno Datuk Najib Razak pada majlis Multaqa Alumni Al Azhar Malaysia, baru-baru ini.

Apakah presiden PAS sendiri yang memakai baju Melayu sedondon dengan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak di Multaqa Alumni Al Azhar Malaysia?

Atau pihak yang berusaha dan menjadi dalang kerjasama antara Umno dan PAS ini.

Kenyataan Idris selari dengan kenyataan bekas mursyidul am PAS allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika hayatnya yang marah dengan usaha untuk bekerjasama dengan Umno.

"Umno kena buang kebangsaan dan terima Islam dulu. Sudah lama saya cakap macam ini, sikit lagi ada orang Umno cari PAS, saya akan ludah muka orang itu, kalau kamu hendak bersatu, buang kebangsaan ambil semangat Islam, tidak kena di mana Islam?" kata Nik Aziz sebagaimana dilaporkan akhbar milik Umno, Utusan Online pada 8 Mei, 2013.

Sejak awal, Tuan Ibrahim yang kebetulan anak saudara kepada isteri Nik Aziz, antara pemimpin PAS kini yang paling tidak senang dengan kerjasama dengan Umno.

Apabila media melaporkan beliau merestui kerjasama antara PAS dan Umno ekoran kenyataannya yang dilihat lembut selepas pertemuan antara Najib-Hadi, beliau bangkit menafikannya secara bertulis.

"PAS tidak akan bergabung dengan Umno. Malah kini, PAS sedang merangka strategi mempertahankan kerajaan Kelantan, menguasai kerajaan Terengganu dan menguasai 10 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Umno di Selangor dan menambah kerusi Parlimen di tempat berlawan dengan Umno," kata Tuan Ibrahim menafikan laporan media beliau kini setuju PAS bekerjasama dengan Umno.

Bahkan dalam kenyataan itu, beliau menegaskan kenyataannya pada 14 Disember lalu yang antara lain menyebut, "PAS tidak mahu memikul pengkhianatan Umno kepada agama".

Katanya, lebih 50 tahun negara ini tidak pernah merasai berjalannya hukum Islam secara menyeluruh, riba rasuah, pusat maksiat berleluasa sehingga remaja seolah-olah tiada hala tuju.

Iskandar yang juga ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) Selangor pula bertegas, dosa Umno terhadap PAS terlalu besar untuk dimaafkan akar umbi parti Islam itu.




6 comments:

  1. Pas kerjasama atau tidak... tak ada undi aku untuk Pas. Aku sudah serik.

    ReplyDelete
  2. "Heboh di media sosial dan media perdana, PAS hendak bergabung dengan Umno. kah45x awat tak rujuk kitab utusan meloya jeee broo

    ReplyDelete
  3. Jgn nak goreng lah .. Kepimpinan PAS hari ni telah pendapat sokongan solid dari akar umbi PAS.. Kalau mereka x percaya pd pimpinan TGHH pasti ketika ini ust ahmad awang dan mat sabu Mar sabu yg jadi presiden dan timbalan presiden PAS.. Eeeeee x sanggup aku..

    ReplyDelete
  4. ... dan aku paling tak faham bila presiden pas membuat kenyataan pas tidak berminat ke putrajaya hanya mahu jadi penasihat sahaja. kalau dah tak berminat buat apa kemen persiaam pru/prk ..basir duiat .. masa ...dan tenaga ajer..

    ReplyDelete
  5. Maaf, harap diperbetulkan. Tuan Ibrahim tiada kaitan dengan isteri Nik Aziz. Beliau berkait terus dengan Nik Aziz sendiri. Tuan Ibrahim adalah anak kepada adik perempuan Nik Aziz. Dengan kata lain, beliau adalah anak saudara Nik Aziz.

    ReplyDelete
  6. Antara daqwah dan daqyah PAS terhadap UMNO. Terdahulu pun TGHA disanjung kerana memusuhi UMNO. Kini TGHA dicerca bila berkwan dengan UMNO. Nampaknya orang PAS kalau nak berbaik dengan UMNO mesti keluar PAS.
    Makna-nya mentaliti orang PAS terhadap DAP tidak seburuk terhadap UMNO . Tapi Mat Sabu and the gang yang anti UMNO pun kena buang .... macamana pulak tu?

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...