Wednesday, 16 December 2015

Najib Mungkin Tarik Pencen Bekas Pegawai Kanan Kerajaan Ini?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berhenti daripada terus berbohong kepada rakyat tentang keadaan sebenar kedudukan negara, kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

"Berhenti menipu rakyat dan buat kerja kamu. Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh (membantu Melayu)," katanya dalam mesyuarat Agung Tahunan Perkasa, hari ini.

Rashid berkata beliau tidak marah jika orang Umno atau Najib memarahinya mengkritik secara terbuka kerana tiada apa yang perlu disembunyikan.

"Sekarang saya lantang mengkritik tetapi tiada yang berani mengkritik saya kerana saya tidak mencuri duit rakyat. Tiada apa saya sembunyikan," katanya.

Beliau berkata dirinya sangat berterus-terang dan pernah berdepan dengan Najib bagi menyatakan pendiriannya.

"Saya bercakap secara berdepan. Saya kata jika tak suka, singkirkan saya tetapi sebaliknya saya dinaikkan pangkat," katanya.

Rashid berkata apa jua cadangan yang dibawa hari ini tidak akan ke mana-mana kerana pelaku rasuah tidak akan mendengar.

"Mereka (Umno) takut kalah pilihan raya tetapi saya kata itu tidak berlaku sebaliknya kita berdepan dengan pelbagai cabaran," katanya.

Beliau turut mencadangkan peranan Perkasa ditukar daripada kumpulan pendesak Melayu kepada parti politik memerintah negara kerana itu saja pilihan yang ada memastikan negara dipimpin orang yang "betul"lapor The Malaysian Insider.



1 comment:

  1. sekiranya DS Najib benar-benar sayangkan Malaysia serta rakyat seluruhnya tolong lah lepaskan jawatan dan berikan peluang orang yang 'lebih baik' untuk mentadbir negara, Apa lagi yang DS Najib nak lakukan kepada negara ni ? nak jual Malaysia ke ? Apa yang kami nampak perjanjian TPPA tu lebih banyak menguntungkan pihak luar bila segala kelonggaran dan kemudahan dalam berurusan dagangan diantara Negara Luar dengan Negara kita lebih memberikan kelebihan kepada pihak asing contohnya kemudahan orang asing membeli aset atau perniagaan milik tempatan dan itu belum lagi kelonggaran kemasukan rakyat asing untuk memasuki negara kita .., tak terfikirkah mungkin ada di antara mereka adalah Pengganas (kita tolak IS ketepi sebab mereka adalah Pengganas yang di KENALI) dari negara yang kita ketahui memiliki rangkaian penjenayah peringkat antara bangsa (rasanya pihak KDN melalui Interpol tentu lebih maklum tentang isu ini). Begitu juga dengan membenarkan rakyat asing (khususnya Rakyat Negara China ) yang dicadangkan untuk TIDAK DIKENAKAN VISA untuk memasukki Negara ini - apakah DS Najib nak jadikan Negara ini Pusat Sarang Pelacuran terbesar di Dunia mengatasi Negara Thailand ? kami sudah jelak menonton berita Serbuan Demi serbuan ke Pusat-pusat Pelacuran dan perdagangan Seks yang dilakukan pihak berkuasa di kaca-kaca TV.., Apakah Kerajaan ada mendapat sedikit keuntungan dari 'urusniaga' itu ? kerana dari apa yang dapat dilihat seolah-olah Industri 'Dagangan' seks itu tidak berpenghujung malah semain berkembang dari hari kehari.. Kami dan jelak dengan segala alasan 'jelik' yang DS NAjib berikan bagi setiap isu yang rakyat macam kami suarakan dari soal-soal keselamatan hinggalah ke isu harga barang keperluan yang semakin menghimpit kami yang berpendapatan rendah

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...