Tuesday, 29 December 2015

Mohon Ahmad Maslan Terasa Dengan Sindiran Ini

Mohon Ahmad Maslan Terasa Dengan Sindiran Ini. Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyindir sesetengah pihak yang sepatutnya mencari penyelesaian bagi rakyat di kala kos sara hidup tinggi dan bukan membuat cadangan membebankan lagi rakyat.

Tanpa menamakan sesiapa, Asri berkata, untuk menjadi menteri, seseorang individu itu perlulah bijak dan tangkas. ‎

"Menteri itu hendaklah seorang yang sangat waras, bijak lagi tangkas menyelesaikan permasalahan rakyat dan negara.

"Jika akal yang bijak dan tangkas tidak diperlukan untuk menjadi seorang 'pak menteri', maka apakah kelebihan jawatan itu sehingga diberikan gaji dan pelbagai peruntukan istimewa untuknya," kata Asri dalam laman Facebook rasmi DrMaza.com hari ini.

Sebelum ini, seorang Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan berpendapat, rakyat Malaysia melakukan 2 pekerjaan sebagai cara menangani peningkatan kos sara hidup.

Mohon Ahmad Maslan Terasa Dengan Sindiran Ini

Portal Astro Awani memetik Ahmad sebagai berkata, pendekatan 2 pekerjaan itu juga dilakukan kebanyakan rakyat di luar negara.

Selepas cadangan menambah pendapatan dikritik hebat pengguna media sosial, ahli Parlimen Pontian itu mempertahankan kenyataannya dan berkata, beliau sendiri melakukan 3 kerja dalam satu masa.  

“Saya ada 3 kerja: Ahli Parlimen, timbalan menteri, ketua penerangan Umno.

“Ramai dah di Malaysia yang buat #2kerja. Berusaha gigih cari rezeki yang halal,” katanya melalui akaun Twitter @ahmadmaslan hari ini.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...