Wednesday, 16 December 2015

Menteri Ini Bakal U-Turn Dan Lawan Najib?

Khairy Jamaluddin berkata beliau dan menteri Kabinet lain akan bersuara untuk meminta kerajaan supaya tidak menaikkan kadar tol Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS).

Menteri Belia dan Sukan itu berkata, beliau akan menyatakan perkara itu apabila permohonan PLUS untuk menaikkan kadar tol sebanyak lima peratus itu dibincang dalam mesyuarat Kabinet.

“Bagi saya, jika sampai ke Kabinet nanti, saya akan cakap benda yang sama. Ini Aku Janji (Barisan Nasional) bahawa kita tidak akan naikkan kadar tol

Jika perkara ini sampai ke Kabinet nanti, saya dan rakan lain (menteri) akan bersuara bahawa kita sudah buat keputusan tol PLUS ini tak sepatutnya naik,” katanya pada sidang media program Bual Bicara Empat Legend pada Selasa, lapor Berita Harian.

Khairy berkata, kerajaan boleh tolak permohonan PLUS walaupun kenaikan itu sudah termaktub dalam perjanjian tetapi kerajaan perlu membayar pampasan kepada PLUS.

“Dalam perjanjian antara PLUS dan kerajaan, tahun depan memang sudah tiba mereka (PLUS) naikkan kadar tol. Ini sudah termaktub dalam perjanjian dan kita juga semua tahu, PLUS berhak minta kerajaan selaraskan semula kadar tol mereka.

“Tetapi, bagi saya walaupun perkara ini belum diputuskan dalam Kabinet, kerajaan boleh tolak… tolak maksudnya kerajaan kena bayar pampasan tetapi kita janji kerajaan (ketika ini) tak akan membebankan rakyat,” katanya

Dalam ucapan dasar di Perhimpunan Pemuda sempena Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, Khairy yang juga Ketua Pemuda berkata, beliau akan menentang sebarang kenaikan harga yang membebankan rakyat.




5 comments:

  1. janji boleh. boleh ke janji sampai berjaya perjuangan tu. kan biasa kita dengar, kita akan bangunkan itu, dan ini, tapi .... Tunjuk perjuangan je buat apa. kita mau hasilnya.

    ReplyDelete
  2. Saya sokong pendirian YB Khairy.Yg baik kita sokong dan puji.

    ReplyDelete
  3. KNP mASA kenaikan yg baru2 LPs tu diA diam je???

    ReplyDelete
  4. KNP mASA kenaikan yg baru2 LPs tu diA diam je???

    ReplyDelete
  5. Janji najib memang tidak boleh dipercayai...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...