Monday, 14 December 2015

Menteri Dedah Rahsia PAS?

Menteri Dedah Rahsia PAS? Kerjasama antara Umno dan PAS sudah berlangsung selama 2 tahun, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata ia melibatkan kerjasama di peringkat 'G-to-G' antara kerajaan Persekutuan yang ditunjangi Umno dan kerajaan Kelantan pimpinan PAS di bawah Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

"Kerjasama berlaku, (ia) bukan mimpi... tidak tepat (kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man), itu tidak betul. Kerjasama berlaku 2 tahun dah.

"Tetapi itu bukan bermakna kerajaan campuran. Itu (kerajaan campuran) konsep yang lebih luas dan kita kena dapatkan persetujuan daripada anggota PAS dan Umno dahulu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Industri Kenaf Rakan Rakyat (IKRaR) di Bukit Bunga hari ini.

Mustapa mengulas kenyataan Tuan Ibrahim yang sebelum ini dilaporkan berkata Umno hanya 'bermimpi' jika ingin menjalinkan hubungan dengan PAS selepas Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada Khamis menghulurkan 'tali  silaturahim' kepada PAS untuk sama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam.

Mustapa, yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri, berkata kerajaan campuran mungkin tidak dapat diwujudkan dalam masa terdekat, namun beliau yakin 'salam' yang dihulur Najib akan disambut baik PAS selepas ini.

Menteri Dedah Rahsia PAS?

"Saya rasa sehari dua ini saya tidak nampak ada kerajaan campuran ini, tetapi kita sudah mula kerjasama, saya sendiri dengan menteri besar Kelantan dalam setahun ini banyak pertemuan diadakan.

"Saya banyak kali ke Kota Darul Naim (pusat pentadbiran kerajaan Kelantan) yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Ini tanda-tanda yang baik. Menteri besar Kelantan pun banyak kali berjumpa perdana menteri untuk urusan kerajaan," katanya.

Mengenai program berkenaan, Mustapa berkata IKRaR diperkenalkan bagi merakyatkan program pembangunan komoditi kenaf supaya lebih dekat dengan komuniti di sesuatu kawasan.

"Kenaf mempunyai potensi besar kerana banyak digunakan dalam industri automotif, elektronik dan binaan. Kita sasarkan petani yang mengusahakan tanaman ini mampu memperoleh pendapatan sehingga RM5,000 untuk semusim dalam tempoh beberapa tahun akan datang," katanya.



1 comment:

  1. orang no 2 tak tahu orang no 1 buat--apa ke jadahnya

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...