Tuesday, 8 December 2015

Live Ucapan Muhyiddin Di Kelab Sultan Sulaiman

Live Ucapan Muhyiddin Di Kelab Sultan Sulaiman. Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, Kuala Lumpur, untuk bercakap di depan penyokong malam ini selepas dihalang daripada berucap pada Perhimpunan Agung Umno tahun ini.

Beliau dijangka menyampaikan ucapan di dalam dewan dengan 500 kerusi dan skrin besar disediakan bagi yang tidak dapat masuk.

Muhyiddin dijangka akan terus mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak biarpun Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini memberi amaran kepada beliau agar tidak melampaui batasan ketika berucap.


Langkah Muhyiddin ini berikutan dengan keputusan Majlis Tertinggi Umno untuk memecahkan tradisi dengan menghalang timbalan presiden parti merasmikan perhimpunan parti Pemuda, Wanita dan Puteri.

Live Ucapan Muhyiddin Di Kelab Sultan Sulaiman

Muhyiddin yang mengkritik pentadbiran Najib kerana syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disingkirkan, dihalang daripada memberi ucaptama pada perasmian perhimpunan Pergerakan Wanita, Puteri dan Pemuda Umno itu.


Beliau juga tidak dibenarkan membuat sebarang ucapan semasa perhimpunan agung Umno itu.

Keputusan untuk menghalang Muhyiddin daripada berucap di perhimpunan sayap parti itu dikritik kerana amalan itu menjadi sebahagian daripada tradisi parti itu sejak beberapa dekad yang lalu.

Pengkritik Najib dalam Umno menuduh beliau cuba menutup mulut Muhyiddin yang digugurkan daripada Kabinet pada Julai lalu.






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...