Friday, 11 December 2015

Lagi Satu Bala Buat Najib.. Saksikanlah

Lagi Satu Bala Buat Najib.. Saksikanlah. 250 ahli UMNO dari Kedah dan Kluang, Johor mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur demi masa depan parti.

Jurucakap kumpulan berkenaan, Ketua UMNO Cawangan Anuar Abdul Hamid dari Cawangan Jalan Badlishah Bahagian Merbok, Kedah berkata desakan itu dibuat bagi tujuan menyelamatkan parti mereka daripada kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.“Semua yang hadir hari ini hanya mempunyai satu tujuan iaitu bagi menyelamatkan parti UMNO.

Kita mahu Najib berundur bagi mengembalikan keyakinan rakyat,” katanya dalam satu sidang media di Auditorium Musium Kesenian Islam, pada Khamis.

Kesepakatan yang dibawa Anuar ini merupakan yang kedua selepas usul mendesak Najib berundur diluluskan Mesyuarat Perwakilan Bahagian Merbok dengan sebulat suara pada 22 Ogos lalu. Bahagian Merbok dilaporkan mempunyai mempunyai lebih 130 cawangan.

Lagi Satu Bala Buat Najib.. Saksikanlah

Sementara itu di sidang media yang sama, Razali Mohd Nor dari Kluang, Johor berkata mereka sedia hadapi tindakan displin.

“Kita sanggup berhadapan dengan sebarang tindakan disiplin kerana kita sayang dengan UMNO.

“Kita akan beri kerjasama yang baik sekiranya dipanggil dan kita tidak akan sesekali menimbulkan kekecohan dalam UMNO,” katanya.

Sebelum ini 20 Ketua Cawangan UMNO Sepang dan 13 Ketua Cawangan UMNO Teluk Kemang mendesak Najib supaya berundur dan mahu Pemilihan Parti bagi tahun 2016 diteruskan.


1 comment:

  1. UMNO tak perlu risau dan bimbang kekalahan PRU ke-14 kerana PAS di bawah kepimpinan Hj Hadi sudah menunjukkan tanda-tanda memberi talian hayat kepada UMNO. Sila rujuk ucapan Dato Najib semasa PAU baru-baru ini.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...