Wednesday, 9 December 2015

Isu Derma RM2.6 Billion Telah Selesai..Ini Buktinya?

Isu Derma RM2.6 Billion Telah Selesai..Ini Buktinya? Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menerangkan berhubung RM2.6 bilion derma politik yang diterimanya dan dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung rakyat akan jadi pengemis sekiranya beliau memerintah dalam taklimat tertutup bersama 191 ketua bahagian.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam taklimat di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi, Najib menjelaskan, sejak beliau mengambil alih pemerintahan negara, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kepada RM326 bilion tahun ini berbanding RM202 bilion pada 2009.

"Beliau menyatakan beliau perlu membetulkan fakta-fakta yang diselewengkan oleh serangan-serangan yang pelbagai, terutamanya apabila seorang tokoh menyatakan negara ini menjadi sebuah negara miskin dan rakyat menjadi pengemis.

"Beliau memperlihatkan sejak mengambil alih sejak 2009, KDNK meningkat dari RM202 bilion kepada RM326 bilion tahun ini.

"Bursa saham pada 2009 bernilai 800cpi meningkat kepada 1,700 indeks sekarang ini," kata Zahid kepada pemberita selepas taklimat tertutup itu.

Tambahnya lagi, pelaburan langsung asing (FDI) negara juga mengalami peningkatan daripada RM5 bilion pada 2009 meningkat kepada RM35.5 bilion pada tahun lepas, dan sehingga Oktober tahun ini meningkat kepada RM27 bilion.

Isu Derma RM2.6 Billion Telah Selesai.. Ini Buktinya?

"Kita juga berada pada kedudukan ke-18 negara berdaya saing daripada beberapa negara, dan kita berada di kedudukan 20 ke atas.

"Penjelasan ini beliau berikan fakta supaya perwakilan daripada bahagian-bahagian dapat penjelasan," kata Zahid pada sidang media bersama Datuk Seri Hishamuddin Hussein, yang juga naib presiden Umno. 

Datuk Seri Shafie Apdal yang juga merupakan naib presiden Umno tidak menghadiri sidang media berkenaan.

Menjelaskan berkenaan isu dana RM2.6 billion, Zahid berkata, Najib dalam ucapannya turut menyatakan pihak yang memberikan derma dalam dana politik berkenaan tidak mengharapkan balasan, dan tidak memerlukan sebarang pulangan daripada sumbangan diberikan itu.

"Perwakilan memberikan respons positif," kata Zahid.



Addin:

Jikalau macam ni.. tak perlulah ada sistem kehakiman dan pengadilan di negara ini. Hanya beri taklimat dah boleh lepas tangan.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...