Wednesday, 9 December 2015

Ini Petanda Muhyiddin Bakal Dipecat?

Ini Petanda Muhyiddin Bakal Dipecat? Dalam lambakan poster dan gambar pemimpin yang ditampal di setiap tingkat dinding lobi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), tiada langsung gambar Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas presiden, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hanya satu gambar kecil yang berada di satu sudut menunjukkan Muhyiddin duduk bersebelahan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Berbeza dengan pemimpin lain seperti Tun Abdullah Badawi, Najib dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mempunyai gambar berskala lebih besar dan dapat dilihat jelas di perkarangan lobi.

Hanya gambar sesetengah pemimpin seperti  Najib, Zahid, Abdullah dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mempunyai gambar yang besar diletakkan di tempat strategik dan dapat dilihat semua perwakilan setiap sayap.

Lobi yang sarat dengan gambar poster besar di tingkat bawah kini menjadi tumpuan ribuan ahli Wanita Umno yang datang dari seluruh negara.

Ribuan ahli akar umbi Wanita Umno ditempatkan di lobi untuk menyaksikan ucapan perasmian sayap Wanita yang disampaikan Datuk Seri Shahrizat Jalil pagi tadi.

Ini Petanda Muhyiddin Bakal Dipecat?

Muhyiddin pada Julai digugurkan daripada Kabinet selepas lantang mengkritik syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Turut digugurkan daripada Kabinet ialah Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal.

Muhyiddin yang disekat daripada merasmikan perhimpunan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri pada Isnin berucap di Kampung Baru, Kuala Lumpur untuk menyampaikan amanat kepada ahli-ahli Umno.

Mengikut tinjauan secara rawak The Malaysian Insider, hanya dua gambar Muhyiddin yang jelas kelihatan di perkarangan lobi dan satu potret Dr Mahathir di koridor di tingkat 4 bangunan PWTC.

Gambar Zahid yang menggantikan Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri pada Julai terdapat sebanyak 6 gambar.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...