Tuesday, 8 December 2015

Gambar Dan Video Ucapan Muhyiddin Di Kelab Sultan Sulaiman

Program Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru malam ini menerima sambutan hangat.

Kira-kira 600 orang memenuhi dewan menyebabkan keadaan sesak tetapi sedikitpun tidak menghalang hadirin yang sebahagian besar ahli UMNO untuk datang mendengar amanat Timbalan Presiden UMNO.

Tokoh-tokoh besar UMNO turut hadir memberi sokongan kepada Muhyiddin antaranya Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin.

Sementara itu, Khairuddin yang ditemui berkata, beliau berdiri teguh bersama Muhyiddin atas prinsip UMNO tulen.

Katanya, Muhyiddin tidak ada pilihan untuk berucap kerana disekat merasmikan sayap-sayap UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang bermula Selasa.

Kadir pula berkata, program malam ini akan memberi kesan besar kepada UMNO.

“Saya rasa program ini akan beri kesan. UMNO sekarang takut pada seorang (Muhyiddin). Macam-macam perubahan dia ( Presiden) buat, kerana takut dengan Muhyiddin,” katanya.

Pendebat terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi pengacara majlis.

Sumber



'Yang jadi barah, nanah dalam Umno mesti ditolak' 
Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini tampil melontarkan kritikan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib dan isu-isu berbangkit dalam negara, terutamanya dalam kes 1MDB
Dalam ucapannya di hadapan ramai penyokong di Kampung Baru, Kuala Lumpur, Muhyiddin menegaskan bahawa pihak yang bermasalah dalam Umno harus ditolak. 
“Siapa yang menjadi barah dan nanah dalam Umno mesti ditolak,” katanya sambil disambut sorakan orang ramai yang kelihatan amat bersemangat. 
“Untuk selamatkan negara, (masalah ini) harus dibuang.” 
Beliau berkata demikian apabila bercakap soal perubahan yang perlu dibuat oleh Umno supaya tidak ditolak oleh rakyat
“Saya suka merayu untuk jalani pembedahan yang menyakitkan ini daripada menderita koma dan mati perlahan-lahan,” katanya bekas timbalan perdana menteri itu dengan berkias. 
Muhyddin pada peringkat awal ucapannya dilihat agak berhati-hati. 
Ketika mengulas tentang gesaan ke arah pengunduran Najib, beliau berkata mendapat banyak pesanan di laman sosial yang memintanya menyampaikan perkara itu. 
Malah, katanya, gesaan itu yang kedua terbanyak diterimanya selepas kebimbangan berkaitan kenaikan kos sara hidup. 
Muhyiddin juga ada awal ucapannya berkata Najib harus berehat sementara sementara dakwaan-dakwaan berkaitannya, termasuk isu 1MDB, diselesaikan. 
“Rehat sementara. Bukan berhenti. Rehat saja, sementara. Jangan timbul persepsi PM campur tangan. Ambil cuti sampai kes selesai. 
“Kemudian kalau tidak terlibat, kita doa tidak terlibat, baliklah (bertugas) semula,” katanya. 
Tun Dr Mahathir Mohamad dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal turut hadir dalam acara bertemu penyokong itu di Kuala Lumpur malam ini. 
Perhimpunan itu diadakan setelah Muhyiddin tidak lagi diberi peluang berucap kepada perwakilan dalam perasmian sayap ketika-tiga parti itu seperti kelaziman sebelum ini.
Sumber









Lihat video di SINI.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...