Friday, 4 December 2015

Gambar 3 Beranak Mangsa Kemalangan Tidak Diterima Hospital

Seorang pengguna Facebook, Thomas Loh, meluahkan kekesalannya terhadap tindakan sebuah hospital swasta yang memilih kasih dalam soal menerima pesakit. 

Dalam kejadian jam 5.30 petang, Thomas yang kebetulan lalu di Jalan Pedada, Sibu ternampak satu kemalangan melibatkan sebuah motosikal yang membabitkan sebuah pasangan dan anak perempuan mereka.

Tanpa membuang masa, Thomas dengan segera pergi ke sebuah hospital swasta yang berdekatan dan memaklumkan kejadian berkenaan. 

Malangnya, jururawat yang bertugas pada ketika itu dengan kejam menegaskan ini adalah hospital swasta. Dia juga mempersoalkan siapa yang akan menanggung kos perubatan selepas mangsa mendapatkan rawatan di hospital mereka?

Jelas jururawat itu lagi, Hospital Kerajaan yang bertanggungjawab terhadap kes-kes seperti itu.



Terkedu dengan penjelasan tidak berperikemanusian jururawat itu, Thomas mengutuk sekeras-kerasnya sikap hospital swasta yang hanya mementingkan keuntungan berbanding menyelamatkan nyawa manusia.

Sumber




5 comments:

  1. when you reported this, the hospital will most probably blame the nurse and fire her.

    but then again if she let them in for treatment, the hospital will probably fire her too if payment in not received...

    think about that!

    ReplyDelete
  2. Ambil gambar jururawat itu dan majukan kephak berwajib apa tindakan akan diambil jika benar kerajaan periahtin terhadap kabjikan kesihatan rakyat terutama rakyat Sabah dan Serawak yang telah menjadi aset utama kerajaan BN/UMNO

    ReplyDelete
  3. demi duit ikrar sewaktu mula belajar sehingga dah jadi doktor...campak dlm tong sampah.

    ReplyDelete
  4. Cuba bagitau nama hospital tu. Nanti menteri boleh amik tindakan,

    ReplyDelete
  5. berita ini tahun lepas punya daaaa.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...