Tuesday, 1 December 2015

Cerita Sebenar Pemergian Yus Jambu Tersebar

Cerita Sebenar Pemergian Yus Jambu Tersebar. Sedih mendengar pemergian pelawak tanah air iaitu Yus Jambu yang terkenal dengan lawaknya yang sangat menghiburkan pada mata masyarakat yang menyukainya. 

Mungkin ALLAH lebih sayangkan beliau. Pada pukul 12.30 pagi, Pak Yus dari kumpulan Jambu atau nama sebenar Yusryy Edoo yang kini berusia 39 tahun telah disahkan meninggal dunia di Hospital Selayang akibat sesak nafas. Difahamkan, pemergian Yus Jambu adalah disebabkan serangan sakit jantung yang dialaminya. 

Info tambahan lagi, Yus Jambu dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menjayakan program ‘Raja Band’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.


Untuk info, Yus Jambu adalah seorang yang sangat terkenal menerusi program Raja Lawak dan Maharaja Lawak Mega. 

Yus merupakan Juara Raja Lawak musim pertama dan selalu berganding dengan Tauke Jambu. Semestinya pemergian Yus Jambu adalah amat dirasai. Manakala, jenazah Allahyarham Pak Yus juga akan disemadikan di Perlis pada 30 November 2015.

Biodata Yus Jambu Pelawak Meninggal Dunia 30 November 2015
Nama Sebenar: Yusryy Edoo

Nama Popular: Yus Jambu atau Pak Yus

Umur: 39 Tahun

Tarikh Lahir: 15 Mac 1976

Status: Bujang Belum Berkahwin

Pekerjaan: Pelawak dan Pelakon

Asal: Kangar Perlis

Punca Kematian: Mati Mengejut (Sakit Jantung) susulan sesak nafas

Masa Kematian: 12.15 pagi Isnin 30 November 2015 di Hospital Selayang

Tagline: “Boleh Tuju Lagu” “kicap ada kicap”, “Yaya Toure manchester city”, “apa pun tak boleh”, “kokdiang”, ‘Muka lejen hati cute’

Filem Popular: Hantu Bungkus Ikat Tepi

Kejayaan: Juara Raja Lawak musim pertama dan popular menerusi Kumpulan Jambu di Maharaja Lawak Mega yang turut digandingkan bersama Tauke kumpulan Jambu. Menubuhkan Kumpulan Virus pada Maharaja Lawak Mega 2014 yang disertai oleh Tauke, Yus dan Zizan.


Cerita Sebenar Pemergian Yus Jambu Tersebar

Tauke Jambu sahabat karib Yus Jambu turut mengesahkan Allahyarham Pak Yus meninggal akibat sesat nafas selepas balik daripada menjayakan program ‘Raja Band’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.



Berikut adalah foto terakhir bersama Yus Jambu pada jam 10.00 malam 29 November 2015 bertempat di Dataran Merdeka KL.

Foto Kenangan Terakhir Yus Jambu Sebelum Meninggal Dunia



P/S : Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Pak Yus.

Sumber : melvister.com





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...