Wednesday, 9 December 2015

BN Semakin Hilang Sokongan Sabah.. Ini Buktinya

BN Semakin Hilang Sokongan Sabah.. Ini Buktinya. Barisan Nasional (BN) berdepan kesukaran mengekalkan Sabah sebagai deposit tetap kepada parti pemerintah itu kerana pengundi negeri Borneo itu sudah hilang keyakinan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal.

Pemimpin berpengaruh di Sabah itu berkata, beliau sendiri sukar menjelaskan isu berhubung hutang berbilion ringgit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada ketika rakyat negeri itu berdepan dengan kos sara hidup yang meningkat akibat dibebani cukai barang dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan Putrajaya.

"Sokongan semakin berkurangan (kepada Najib). Ia semakin menurun. Apabila saya turun ke bawah, ramai yang menyokong sudah berkurangan dari sudut pandangan mereka," kata ahli Parlimen Semporna itu semasa wawancara bersama media atas talian di pejabatnya di Kuala Lumpur semalam.

Shafie Afdal ditanya sama ada keadaan semasa dihadapi parti pemerintah itu menyebabkan sokongan kepada semakin menurun.

Menurut bekas menteri Kabinet itu, pada ketika rakyat Sabah bergelut dengan isu kehidupan seharian, mereka juga terganggu dengan laporan berhubung hutang ditanggung 1MDB.

BN Semakin Hilang Sokongan Sabah.. Ini Buktinya

"Apabila mereka mengaitkan GST dengan wang 1MDB, kadangkala ia memeningkan untuk kita jelaskan.

"Mengapa terdapat hutang RM42 bilion? Mereka bertanya kami hanya minta jambatan, air atau rumah PPR, tapi 1MDB belanja berbilion. Jadi mereka mahukan penjelasan," katanya.

Shafie berkata, Umno juga akan berdepan cabaran besar menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berbanding tahun 2008 dan 2013 berdasarkan trend penurunan sokongan terhadap Najib.

Trend jumlah kerusi yang semakin berkurangan dalam dua pilihan raya lalu membimbangkan, kata Shafie malah dijangka lebih buruk.

Shafie memberi peringatan supaya tidak memandang rendah kepada keupayaan pembangkang dalam menghadapi PRU14 memandangkan momentum yang mereka bawa dengan penguasaan beberapa buah negeri selepas pilihan raya umum lalu.

"Sukar, kita akan berdepan dengan cabaran paling besar," katanya. 




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...