Sunday, 20 December 2015

Berita Mengejutkan Buat Penyokong PAS?

Konsep politik sebagai “The Art of Possibilities” memungkinkan sejarah 40 tahun lalu berulang, iaitu kemasukan PAS dalam Barisan Nasional (BN), kata Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Mahdzir Khalid.

Malah beliau berkata, kecenderungan ke arah itu dapat dilihat sekarang melalui pertemuan 2 pemimpin utama parti itu melalui Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di Kuala Lumpur, Khamis lepas.

Pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar berlangsung dalam suasana penuh kemesraan.

"Anything can happen (apapun boleh berlaku), politik memang macam itu, malah pada 1974 PAS masuk BN masa arwah Tun Abdul Razak Hussein (Perdana Menteri ke-2).
"Kalau tengok apa berlaku hari ini, kecenderungan menuju ke situ, tapi tidak tahu macam mana nak jadi," katanya.          

"Dalam negara berbilang kaum, dalam pembentukan negara bangsa yang maju, perpaduan adalah nombor 1," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 230 pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Padang Terap hari ini.

DAP, kata beliau, dilihat sudah pasti akan “panas punggung” dengan kerjasama baharu Umno dan PAS dan akan memberikan pelbagai alasan, jelas memperlihatkan penolakan parti itu kepada konsep perpaduan.

Malah menurutnya, DAP secara terang-terangan dilihat sudah tidak berminat untuk bekerjasama dengan PAS dan ia terbukti apabila PAS “ditendang” keluar daripada Pakatan Rakyat baru-baru ini di Pulau Pinang.

"Kemudian DAP tukar kepada Pakatan Harapan dan bawa Parti Amanah Negara (Amanah) masuk dengan harapan Amanah boleh ganti PAS, sebenarnya kita sudah nampak dari awal lagi DAP tidak berminat pada perpaduan," katanya




2 comments:

  1. Bukannya DAP yang tak berminat dengan perpaduan, tapi PAS yang tak berminat sama macam UMNO yang sering kali laungkan isu paekauman.

    ReplyDelete
  2. hadi mengaku diri ulama tapi tindak tanduk dia banyak putarnya

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...