Monday, 7 December 2015

Berita Memalukan Dari Sarawak

Selepas Sabah, Sarawak mengenakan larangan kepada Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar daripada memasuki negeri itu.

Ia hanya diketahui sewaku dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada pukul 4 petang Ahad.

“Setibanya saya di Kuching, saya disambut pegawai-pegawai imigresen yang memberi notis penolakan masuk saya ke Sarawak. Satu pencabulan kuasa!,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai di Twitternya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan kemudian, dia mempersoalkan notis larangan yang dikenakan terhadapnya

“Malangnya hari ini , saya dihalang masuk ke Sarawak menerusi notis penolakan masuk di bawah Seksyen 65 (1) (a) Akta Imigresen 1959/63.

“Jelas, Akta Imigressen 1959/1963 jelas hanya menyekat penghijrahan beramai-ramai orang Semenanjung ke Sarawak dan Sabah dan bukan kepada Ahli Parlimen yang diberi hak untuk menjalankan tugas kepada rakyat.

“Seksyen 67 Akta Imigresen juga tidak boleh menyekat sesiapa untuk memasuki Sabah dan Sarawak untuk tujuan aktiviti politik,” katanya dalam kenyataan itu.

Menurut Izzah, tindakan itu satu bentuk salah guna kuasa yang bertentangan dengan haknya selaku Ahli Parlimen.

Dia dilapor ke Sarawak bersama seorang pembantu dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR, Dr Xavier Jayakumar menerusi penerbangan AirAsia.

Sebelum ini Izzah dijadualkan mengumumkan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada Ahad malam.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...