Tuesday, 29 December 2015

Berita Gempar Buat Warga Pekerja

Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) menafikan laporan akhbar kononnya seramai 250 juruterbang Boeing 777-200ER bakal kehilangan pekerjaan pada 2016.

Menurut MAS, mereka sebaliknya memberi pilihan kepada kesemua juruterbang sama ada berhijrah ke syarikat lain atau terus kekal dalam syarikat tersebut.

“Peluang untuk dipinjamkan kepada syarikat penerbangan yang lain adalah secara sukarela untuk juruterbang secara individu dan tiada juruterbang pesawat 777 diminta untuk meninggalkan syarikat penerbangan itu,” kata MAS dalam satu kenyataan hari ini.

MAS pada masa sama menyifatkan langkah rasionalisasi rangkaiannya yang menyaksikan pengurangan kapasiti dan penggantungan penerbangan ke destinasi terpilih akan memberi kesan kepada keperluan juruterbang.

“Para juruterbang mempunyai pilihan kerjaya lain termasuk dipinjamkan secara sukarela kepada syarikat penerbangan lain di Asia atau Timur Tengah, tiada sukarela membayar cuti jangka panjang untuk mengejar kerjaya lain atau kekal di Malaysia Airlines dan menunggu kekosongan jangka panjang kepada jenis pesawat lain,” katanya.

Akhbar Kosmo hari ini melaporkan seramai 250 juruterbang Boeing 777-200ER MAS bakal kehilangan pekerjaan apabila syarikat Malaysia Airlines Berhad (MAB) membatalkan laluan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Amsterdam, Belanda dan Paris, Perancis bermula 27 Januari depan.

Menurut akhbar itu, sebahagian daripada juruterbang terbabit sudah pun diberi tawaran cuti tanpa gaji selama 2 tahun.

Difahamkan, MAB membatalkan laluan penerbangan ke 2 destinasi berkenaan yang dianggap merugikan mulai tahun depan selepas memeterai perjanjian kerjasama dengan syarikat pe­nerbangan Emiriyah Arab Bersatu, Emirates, 2 Disember lalu.

Mengikut perjanjian itu, penumpang MAS boleh menggunakan pesawat Emi­rates untuk penerbangan ke Amsterdam dan Paris, manakala MAS menawarkan penumpang bagi penerba­ngan rantau Asia Pasifik kepada Emirates.




1 comment:

  1. pilihan untuk pergi ke syarikat lain tu bahasa lembut untuk diberhentikan kerja lah tu.. kalau syarikat mahu individu tersebut terus berkerja di syarikat sediada kenapa perlu diberikan alternatif sebegitu... semua orang faham 'istilah' untuk mengelat tu

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...