Tuesday, 8 December 2015

Anda Mungkin Muntah Dengar Kata-Kata Najib Ni..

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan berhubung kontroversi dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Perdana Menteri berkata, dana itu juga bukan dana awam atau wang syarikat 1MDB.

“Penderma-penderma telah pun disahkan dan telah pun ditemui oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan SPRM telah pun mendapatkan kenyataan-kenyataan daripada mereka.

“Saya tidak melakukan sesuatu kesalahan dari segi undang-undang atau pun dari segi amalan, perkara ini telah pun dijelaskan dalam dewan Parlimen oleh Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi),” kata Najib dalam temubual dengan sebuah televisyen tempatan pada Isnin.

Memetik laporan portal BNBBC, Perdana Menteri berkata, dana itu dimasukkan ke akaun peribadinya kerana itu adalah kehendak penderma itu sendiri dan derma itu dilakukan secara peribadi.

Najib berkata, Bank Negara telah dimaklumkan apabila akaun itu diwujudkan.

“Jadi tidak ada niat sama sekali untuk menipu atau untuk melakukan sesuatu perkara sebab Bank Negara telah pun dimaklumkan tentang kewujudan akaun ini.

“Tapi jangan salah ertikan, akaun itu atas nama saya tetapi tidaklah ibarat macam akaun peribadi kita sendiri. Dan saya yakin bahawa setelah siasatan berjalan sepenuhnya, bahawa kebenaran akan timbul pada kesudahannya,” katanya.





2 comments:

  1. kalau utk parti, kenapa tak serahkan wang tersebut kpd bendahari parti dan atau dimaklumkan kpd Majlis Tertinggi parti tentang wang tersebut. Dan kemana wang itu disalurkan? Selagi tak dapat jelaskan persoalan2 ini, camna rakyat nak percaya. Cakaplah apa pun, ahli2 parti bukannya dungu

    ReplyDelete
  2. Sapa yang nak percaya cakap dia ni. Berani keran benar tapi kalau dah buat salah akan berasa takut. Cuma segolongan ahli UMNO sahaja yang percaya dia ni. Tu pun pasal nak cari makan, jaga tembolok masing masing.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...