Monday, 14 December 2015

Akhirnya Menteri Ini Mengakui BN Semakin Sukar

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui Barisan Nasional (BN) mengalami kesukaran dalam menerajui Putrajaya kerana gagal merampas kembali majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Disebabkan itu Zahid berkata, BN perlu menggembleng tenaga bagi mengembalikan majoriti tradisi di Dewan Rakyat pada PRU14.

"Sasaran kami adalah untuk mendapatkan 2314, (majoriti 2/3) pada PRU14, kita merana dalam dalam Dewan Rakyat kerana kita tidak boleh meminda Perlembagaan. Kita ada 222 kerusi dalam Parlimen.

"Pertumbuhan populasi penduduk meningkat sekurang-kurangnya 3% setahun," kata Zahid pada ucapan perasmian Perhimpunan Agung Parti Progesif Penduduk (PPP) di Kuala Lumpur hari ini.

Zahid berkata, BN menjanjikan sekurang-kurangnya satu kerusi Parlimen kepada PPP selepas berjaya mendapatkan kembali majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Secara berseloroh, Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata, PPP tidak perlu membodek untuk mendapatkan kerusi pada pilihan raya umum akan datang.

“Jangan kipas banyak Datuk Seri Tengku Adnan (setiausaha Agung Umno). Tak perlu kipas saya kerana saya tahu mana intan mana kaca, saya tahu mana jantan mana betina.

“Saya kagum walau tidak ada tempat (dalam PRU) tetapi semangat juang kepimpinan dan ahli PPP cukup bersemangat di seluruh negara,” katanya.

Menurut Zahid, dalam BN untuk mendapatkan kerusi pada pilihan raya umum, parti komponen seharusnya memberi notis awal mengenai kerusi yang menjadi sasaran mereka.

“Dengan syarat beri notis awal. Kawasan mana, kerusi mana. Barulah kepimpinan dan bakal calon PPP bertanding.

“Tetapi kalau bagi kawasan yang sudah kecundang mestilah kalah. Tapi cuba bagi kawasan yang boleh menang, saya pasti calon PPP juga mesti boleh menang," katanya.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...