Thursday, 3 December 2015

Berita Gempar Dari Dalaman Umno

13 Ketua Cawangan Umno Bakal Dipecat? Selepas hampir 4 jam mengadap Lembaga Disiplin Umno di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini, nasib ketua cawangan Teluk Kemang akan diketahui 2 minggu lagi.

Jurucakap kepada kumpulan ketua cawangan yang menamakan diri mereka Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) itu, Kamarul Azman Habibur Rahman, berkata tiada tindakan yang dikenakan ke atas mereka hari ini.

Sebaliknya, katanya, ahli lembaga hari ini mendengar penjelasan daripada 9 orang ketua cawangan yang mengadakan sidang media bulan lalu.

"Kami difahamkan (keputusan) dalam tempoh 2 minggu. Setakat ini tiada sebut sebarang hukuman," kata Kamarul kepada pemberita petang ini.

Meskipun begitu, ketua Umno cawangan Taman TKK itu menegaskan, tindakan mereka adalah untuk kebaikan parti dan bertujuan menegakkan kebenaran.

"Pihak kami sepakat kebaikan seperti ini perlu dilakukan untuk parti. Mungkin destinasi kita sama, cuma pendekatan kami berbeza," katanya.

Kamarul turut mengakui tidak mengetahui tindakan mereka mengadakan sidang media pada 24 Oktober itu bercanggah dengan perlembagaan Umno.

"Secara menyeluruh, apa yang kami berikan dan pertuduhan kami, bersangkut-paut kesalahan megadakan sidang media.

13 Ketua Cawangan Umno Bakal Dipecat?

"Dan kami jelaskan, sebenarnya, Perlembagaan Umno tidaklah difahami semua ahli.

"Tetapi, secara umum, kami puas hati dengan penjelasan serta rasa lega sebab dapat suarakan hasrat untuk kebaikan Umno," katanya.

Oktober lalu, 13 ketua Umno cawangan dari Telok Kemang, Negeri Sembilan mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan menggesa beliau meletakkan jawatan sebagai presiden bagi memulihkan kredibiliti parti itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Mereka berkata, tiba masanya parti itu melakukan perubahan dan ia perlu bermula daripada presiden.

"Kami berpendapat, lebih baik presiden berundur bagi membolehkan Umno tidak menjadi mangsa keadaan dan dihukum pengundi pada PRU akan datang.

"Kebimbangan utama kami ialah, kita perlu mempunyai pemimpin yang kuat untuk mengemudi Umno pada PRU14," kata Kamarul ketika itu.

Bagaimanapun, hari ini, hanya 9 ketua cawangan Teluk Kemang yang dipanggil mengadap Lembaga Disiplin.





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...