Thursday, 19 November 2015

YaPEIM Kantoi.. Ini Buktinya

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) hari ini membuat laporan polis terhadap Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) dengan menyatakan NGO itu memperolehi dokumen berkaitan yayasan itu secara tidak sah.

"Kami dapati dokumen yang didedahkan oleh NOW itu diperolehi melalui cara yang tidak sah, dengan sengaja memutarbelitkan fakta dan kebenaran," kata Ketua Pegawai Eksekutif Yapeim Abibullah Samsudin kepada pemberita.

Bercakap di luar ibu pejabat polis Dang Wangi selepas membuat laporan polis itu, Abibullah ditemani Pengarah Undang-undang Yapeim Mohd Nasir Disa dan peguam Ahmad Seman.

Kira-kira 40 penyokong turut hadir menunjukkan solidariti kepada Yapeim.

NOW sebelum ini mendedahkan dokumen bocor yang mendakwa bahawa terdapat salah guna dana Yapeim.



5 comments:

  1. saya rasa terkilan dapat tahu perkara ini, saya akan tamat sumbangan saya selama ini.

    ReplyDelete
  2. Kami sebagai penyumbang perlu tahu kemana hala duit kami digunakan. Kalau tak ada isu kenapa orang bercakap. Yapeim jangan lempar batu sembunyi tangan

    ReplyDelete
  3. secara sah atau tidak itu bukan issue,sekarang rakyat mahu tahu kenapa serta bagaimana wang rakyat semahu mahunya diselewengkan tanpa malu dan takut pada allah swt.kamu sebagai pemegang amanah wajib bertanggongjawab atas amanah ini bukan bersengkokol biadap dan pecah amanah.

    ReplyDelete
  4. kerajaan Malaysia sekarang, ia amat terok sekali. dulu-dulu orang-orang tua kita berkata, jika bapak kencing berdiri, anak kencing berlari.sekarang ni, anak kencing berdiri (i.e: salahguna wang Rm 500,000.00) bapak kencing berlari (i.e: longlap duit RM 2.6 Billion). Apa nak jadi dengan UMNO. Rakyat tak benci Umno, tapi mereka benci kepada pemimpin tertiggi UMNO .Tu je.

    ReplyDelete
  5. Cara yang paling efektif, hentikan semua sumbangan kepada Yapeim, baru mereka tahu perasaan rakyat terhadap penyalahangunaan kuasa.Kalau setakat pok pek aja, tak sampai ke mana, brothers.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...