Thursday, 26 November 2015

Umno Betul-Betul Terdesak.. Sanggup Buat Tindakan Sebegini

Umno belum memutuskan untuk menyekat media daripada membuat liputan terhadap perhimpunan agung Umno bulan depan, kata setiausaha agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ketika ditanya wartawan mengenai dakwaan sekatan itu, Tengku Adnan berkata, beliau akan memberitahu keputusannya mengenai perkara itu secepat mungkin. Beliau juga meminta media menjaga tatatertib dan tidak memutarbelitkan cerita.

Sebelum ini, beliau dipetik media sebagai berkata, Umno akan mengawal liputan media semasa perhimpunan yang akan diadakan bermula 8 hingga 12 Disember kerana media terutama portal online suka memutarbelitkan cerita.

Katanya, Naib Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan membuat sidang media harian untuk memberikan laporan kepada media apa yang berlaku pada hari berkenaan.

"Kerana awak portal online suka putar belitkan cerita," katanya sebagaimana dipetik Malaysiakini.

Ketika bercakap kepada media hari ini, Zahid berkata beliau tidak tahu menahu mengenai dakwaan sekatan terhadap media itu.

Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata, perkara diumumkan Tengku Adnan itu juga belum dimaklumkan kepada ahli MT dan beliau secara peribadi akan bertanyakan kepada Tengku Adnan berhubung perkara itu.

"Beliau belum bawa ke mesyuarat MT. Itu di luar maklumat kami. Saya akan tanya beliau," katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.




1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...