Friday, 6 November 2015

Tindakan Azmin Ali Buat Umno Malu

Selangor akan menyemak semula gaji lembaga pengarah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) selaras dengan pengambilalihan di bawah syarikat kerajaan negeri, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), kata Mohamed Azmin Ali.

Menteri besar Selangor itu berkata, rombakan kakitangan dan semakan gaji perlu dilakukan kerana kerajaan negeri mahu ia dianggotai mereka yang profesional, mempunyai kemahiran dalam pengurusan air dan dapat berpegang pada dasar kerajaan negeri.

"Sudah tentulah semakan ini perlu dibuat kerana antara perkara menjadi kritikan kuat sebelum ini, pengurusan tertinggi Syabas memperoleh jumlah besar, yang mungkin tidak munasabah.

 "Sebab itu saya mahu pengurusan tertinggi Syabas baharu, yang akan dipimpin Air Selangor, dapat berpegang kepada prinsip kebertanggungjawaban bagi menjamin industri air ini lancar seperti kita rancang," katanya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Adun Damansara Utama Yeo Bee Yin yang bertanya sama ada gaji ketua pegawai eksekutif Syabas akan disemak semula selepas Air Selangor mengambil alih Syabas.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...