Friday, 27 November 2015

Tengku Adnan Buat Pusingan U

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membuat pusingan ‘U’ mengenai kenyataannya yang mahu menyekat media daripada mengikuti Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015, Disember depan.

Ketika ditemui pemberita, beliau menjelaskan, sehingga kini masih belum membuat keputusan untuk menyekat media daripada mengikuti perhimpunan berkenaan.

Setiausaha Agung pun masih belum buat keputusan lagi. Tunggu dulu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Parlimen pada Rabu.

Awal pagi tadi, Menteri Wilayah Persekutuan itu menyatakan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO telah membuat keputusan untuk menyekat media dari melakukan sebarang tugas.

Langkah itu dibuat ekoran tindakan sesetengah media yang didakwa akan memutar belitkan berita mengenai perhimpunan berkenaan.

Bagaimapun, Tengku Adnan menjelaskan, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu.

“Saya tidak pernah menyatakan akan menyekat media. Apabila ditanya pagi tadi, saya menyatakan bahawa saya masih belum memutuskan lagi,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau yang lebih mesra dipanggil Ku Nan menyatakan beliau tidak boleh menerima sekiranya media memutar belitkan berita.

“Saya tidak boleh terima. Cukup-cukuplah. Jika anda (media) berkelakuan baik, saya boleh benarkan kepada anda,” ujarnya lagi.

Mesyuarat PAU akan diadakan pada 8 Disember hingga 12 Disember depan.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...