Tuesday, 10 November 2015

Tanpa Disangka.. Menteri Ini Syok Sendiri?

Malaysia akan berkongsi pengalamannya dengan United Kingdom (UK) dalam program deradikalisasi terhadap kumpulan pengganas dan pelampau Islam, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

(Deradikalisasi adalah tindakan mengubah kepercayaan ekstrem dalam kalangan anggota militan seperti mati syahid dalam perjuangan)

Timbalan perdana menteri berkata UK tertarik dengan model program deradikalisasi diamalkan Malaysia, yang terbukti menghasilkan 95% kejayaan memulihkan pihak yang berkenaan.

"Program ini kita  laksanakan sejak zaman darurat pada 1948 dan ia diperkemaskan dari semasa ke semasa apabila Malaysia berhadapan dengan pelbagai kumpulan pengganas dan pelampau agama," katanya kepada wartawan Malaysia di hari kedua lawatan beliau ke UK.

Zahid yang sedang dalam rangka lawatan 4 hari ke UK, pada sebelah pagi semalam mengadakan pertemuan tertutup dengan agensi keselamatan UK.

Timbalan perdana menteri berkata beliau akan mengundang Setiausaha Dalam Negeri United Kingdom Theresa May untuk menghadiri Persidangan Antarabangsa Mengenai Radikalisasi dan Keganasan Melampau di Malaysia, yang dijadualkan pada 25 dan 26 Januari tahun depan.

Katanya, UK akan menghantar pegawainya ke Malaysia tidak lama lagi sebagai susulan untuk mempelajari model Malaysia dalam program deradikalisasi itu.

Zahid berkata UK dan Malaysia juga bersetuju memperkukuhkan lagi kerjasama dalam soal penghantaran pulang individu yang terlibat dalam kegiatan keganasan yang melibatkan rakyat dari kedua-dua negara.

Pengukuhan dalam kerjasama menangani ancaman jenayah rentas sempadan itu akan melibatkan penghantaran pulang individu yang terlibat dalam kumpulan Daesh (pengganas) (dulunya dikenali kumpulan militan Isis) terutamanya di Syria dan Iraq yang melibatkan rakyat dari kedua-dua negara.

Lawatan Zahid, yang pertama oleh beliau sebagai timbalan perdana menteri, bertujuan memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-UK terutamanya dalam bidang keselamatan dan imigresen.

"Menerusi lawatan ini juga, saya berharap dapat mempelajari pengalaman serta amalan terbaik UKberkaitan dengan saringan kemasukan pelawat asing ke negara itu secara lebih efektif seperti yang dilaksanakan National Border Tracking Centre di Manchester.

"Ini berkait rapat dengan perancangan negara untuk mempertingkatkan perkhidmatan Jabatan Imigresen Malaysia menerusi Sistem Keselamatan Imigresen Nasional (Skin)," katanya.



1 comment:

  1. kihkikihkihkih.........menteri dalam negeri merangkap TPM buat lawak...jom ketawa ramai2................

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...